Saturday, April 30, 2011

PerMatA HaTi.......dan PeRiNGaTan.

Alhamdulillah..masih lag diberi kesempatan nak update blog yang tak seberapa nie. hari nie nak kongsi tentang permata hati keluarga kami, Abdullah Rayyan B Muhammad Qayyum :D

rayyan masa 1 hari
          Rayyan, insan yang buat hati kami tenang dan sentiasa tersenyum bila melihat gelagatnya. semakin hari semakin meningkat umurnya dan semakin banyak telatahnya.ada je benda baru yang dia akan buat.kalau dulu rayyan belajar untuk tepuk tangan,sekarang dia belajar menyepah pula.habis satu rumah disepahkan.sabo je la..tapi itulah insan yang membuat kami ketawa senang. bila menjaga rayyan nie,macam2 karenahnya.nama pun budak yang tidak tahu ape2 ibarat kain putih tanpa setitik noda.kesabaran yang tinggi sangat penting kalau jaga budak2 nie.Nak mandikan,kene bagi makan/susu ikut masa,basuh najis,tukar pampers,tidurkan dan segala bagai bukan lah keje mudah,plus penat tak terkira. Tapi,bila melihat senyuman nya..hati yang marah@serabut@tension cair dibuatnya.mungkin itulah apa yang mama dan abah rasa masa jaga kami adik-beradik satu ketika dahulu.Pengorbanan yang tidak terbalas,itu tidak termasuk lagi penat lelah untuk mencari duit bagi memberi pendidikan,keselesaan untuk anak-anak,perasaan yang dilukai dengan sengaja or tidak sengaja. [tq mama n abah,maafkan segala dosa yang dilakukan..akan ku tebus dengan belajar bersungguh-sungguh,menjadi insan yang berguna serta mendapat keredhaanNYA  >.< ]

Inilah Rayyan,permata hati kami  :)

rayyan yang hensem

          
          Kini rayyan berumur 11 bulan.pejam celik pejam cilik,besar dah dia.hehe.kalau tengok rayyan dan tingkah lakunya,xpadan dengan umurnya.bak kata abi nya,rayyan membesar sebelum umur.contohnya,dia pandai merangkak sebelum umur kanak-kanak lain pandai merangkak. Dan yang paling istimewa tentang rayyan adalah dia pandai ambil hati dan bijak. :D  

          Bila jaga rayyan nie,macam2 yang bermain difikiran terutama mengenai anak-anak yang dibuang dan anak-anak yang membuang kedua ibubapanya. Tak terbayang dek fikiran mengapa mereka sanggup melakukan sedemikian rupa.
          
           First sekali tentang anak-anak yang dibuang. semakin hari semakin meningkat jumlahnya.kalau satu masa dahulu penuh di dada akhbar mengenai berita kes buang anak.mengapa perkara sebegini berlaku?tepuk dada tanya iman.bukankah Allah sudah menyatakan dalam firmannya:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."    (Surah Al-Israa:32)


Zina di sini bukan lah hanya melakukan hubungan intim antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang haq tetapi termasuk juga zina mata,zina hati,zina mulut,zina telinga dan lain2.Dan kita,manusia yang sering lupa dengan hukum Allah.sering memenangkan nafsu dan terlalu memikirkan duniawi sehingga alpa pada akhirat yang kekal dan azab Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
(Hadis riwayat Imam Ahmad )

ini baru mengenai pembuangan anak hasil daripada zina,tidak termasuk lagi dengan anak-anak yang dibuang oleh keluarga sendiri dan perdagangan anak.Yang jelas kita nampak hanya di Malaysia,tetapi bagaimana pula dengan negara luar?tidak terkira jumlahnya..terlalu banyak !

Yang kedua,anak yang membuang keluarga. 



so,marilah kita muhasabah bersama tentang apa yang berlaku disekeliling kita dan mengambil cakna. Jika anda biasa kata "ada aku kisah?" tukarlah kepada "ya,aku kisah.ia berkaitan dengan ku"

“Hai orang- orang yang beriman, ruku'lah, sujudlah, sembahlah tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benamya. Dia telah memilih kamu dan dia tidak menjadikan untukmu suatu kesempitan dalam agama. Agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekelian orang-orang muslim dari dahulu dan (begitu) pula dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Kerana itu dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah pada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka dialah sebaik-baik pelindung dan penolong”.

Tuesday, April 12, 2011

Malaysia boleh..SEMUA pun BOLEH~~

Ahad lepas adalah hari dalam sejarah.nak dikatakan cerita first time buat lesen.semua perasaan ada.malas+nervous+happy.dan hari tersebut juga adalah hari dimana aku menghadirkan diri untuk kursus KPP.Bila beritahu kawan nak pergi kursus nie,ramai yang beritahu kursus tue tersangat lah bosan.tetapi bila berakhir kursus tersebut,apa yang aku dan adik aku singkapkapkan adalah sebaliknya.TERSANGATLAH BEST ! dan mr.V yang tersangat lah sportingnya.



Dalam kursus nie,aku dan mereka yang berada di situ dapat belajar 3 benda.
1) semua yang ada dalam buku panduan yang diberi

2) politik malaysia(lebih kepada pemimpin)

3) RASUAH(only malaysian know the meaning of RASUAH)

hehe..nie la yang aku dapat belajar sepanjang 5 jam kursus tue.

          Yang pertama tue confirm2 la memang mr.V kene fahamkan kami semua apa yang ada dalam buku tue termasuklah cara-cara nak jawab test computer nanti dan ada jugak bagi hint berapa soalan yang biasa keluar.tapi yang paling penting,nak x nak kene baca buku tue juga untuk PASS.(no more words FAIL).
selain itu,mr.V juga ada menerangkan cara negara lain buat lesen terutamanya Australia.hmm..aku sangat kagum dengan negara tersebut dan disiplin mereka selepas mr.V cerita.first sekali ape yang mr.V sentuh adalah cara guru mereka ajar cara nak bawa kereta@apa2 lesen yang diorang apply.jauh berbeza dari malaysia.dimana satu kelas hanya ada 4 orang dan masa belajar adalah pagi dan malam.hanya dua minggu kecuali hari sabtu dan ahad.kiranya 10 hari la.kenapa ada kelas malam?alasan yang diberikan adalah pemanduan waktu malam dan siang adalah berbeza.dan penglihatan kita juga berbeza kerana cahaya yang diterima tidak sama.
          Dan paling yang menarik hati adalah guru mereka yang akan beri jaminan untuk approve diorang layak atau tidak untuk lepas lesen.BUKAN dengan RASUAH mahupun belas kasihan ! Dan mereka sangat straight dalam pemberian markah.contohnya,kalau mereka parking kereta x btul walapun hanya 0.1cm kurang..mereka dikira gagal. dan apa yang mr.V cuba katakan adalah mereka jadi disiplin kerana hal ini.tidak seperti negara kita yang suka parking kereta ikut suka dan akan menyusahkan orang lain !

           Untuk yang kedua tue,politik malaysia.pasal yang nie mr.V beritahu tentang pemimpin sekarang termasuklah yang paling atas sekali.Dimana masing2 hanya sibuk memenuhkan poket sendiri tetapa rakyat terabai.inilah lah malaysia yang kononnya rakyat didahulukan,pencapaian di utamakan.hanya tahu menyusahkan rakyat,tetapi mereka goyang kaki.tidak memikirkan langsung dengan amanah yang telah diberikan.langsung tidak mengotakan janji2 manis yang dilontarkan ketika pilihan raya.bila undian berpihak kepada mereka,bila duit pun dah dapat,rakyat pun terabai dan isteri diceraikan.apa yang rakyat boleh buat?nasi dah jadi bubur.
           Percaya dengan janji2 manis mu yang kau beri dulu.Betapa jauh bezanya pimpinan pemimpin sekarang dan pimpinan Khulafa Ar-Rassyidin satu ketika dahulu.begitu juga jauh sekali berbeza dengan pimpinan Kekasih Allah. sambung mr.V bahawasanya JPJ dulu adalah dibawah kerajaan,memudahkan rakyat ambil lesen termasuklah untuk mendapatkan subsidi.tetapi diswastakan kerana mereka mahukan DUIT.swasta ada DUIT.kerajaan xda DUIT.dan sekali lagi apa yang dipertikaikan adalah DUIT itu adalah duit rakyat.dan mereka ada hak diatasnya.lahirnya seorang manusia di muka bumi malaysia ini,mereka dikenakan cukai.dan kenapa seolah-olah DUIT itu "mereka" yang punya?dan berakhirnya riwayat seorang manusia dimuka bumi ini maka rugilah "mereka." Betapa cintanya mereka kepada harta benda yang tidak memberi sebarang jaminan di akhirat kelak.dan banyak lagi yang mr.V kongsikan kepada kami ketika itu tentang politik malaysia yang memberi kesan kepada rakyat dan cara mereka membeli jiwa rakyat di pendalaman serta warga tua untuk meraih undian.

dan terakhir adalah RASUAH.Apa itu RASUAH?
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.


Dan inilah yang berlaku di negara kita. Saban hari keluar di dada akhbar muka-muka mereka yang melakukan rasuah.Bukan hanya daripada golongan atasan malah golongan bawahan juga tidak terlepas.Tidak jijik atau jengkel kah kita dengan frasad yang semakin parah ini?malah ada yang menganggap golongan atasan yang melakukan rasuah wajar menikmati hak mereka.HAK MEREKA?dimana HAK MEREKA?kata mr.V hanya malaysia mengetahui apa erti rasuah.ya,mungkin negara lain juga berlaku tetapi tidak seHEBAT malaysia ! dimanakah hilang rasa amanah mereka yang telah dipertanggungjawabkan?dimanakah mereka meletak kepercayaan yang telah diberikan?
Bila hilangnya rasa amanah,maka tunggulah keruntuhannya. inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W apabila ditanya bagaimana amanah boleh hilang.Baginda Rasulullah S.A.W menjawab "apabila sesuatu tanggungjawab diberikan kepada yang tidak layak(maksud hadith).



Al Maidah Ayat 41-42

Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: `Kami telah beriman`, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merobah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: `Jika diberikan ini (yang sudah dirobah-robah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah`. Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatu pun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar.

(QS. 5:41)

Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, 
banyak memakan yang haram. Jika mereka (orang Yahudi) 
datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah 
(perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka; 
jika kamu berpaling dari mereka maka mereka tidak akan 
memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu 
memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) 
di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai 
orang-orang yang adil.
(QS. 5:42)


jadi...malaysia BOLEH..SEMUA pun BOLEH !

sekadar perkongsian..apa yang dapat.tidak dispesifikasikan kepada sesiapa

Saturday, April 9, 2011

kata-kata imam asy-syahid hasan al-banna




"wahai ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat 
tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang 
terperinci... 
ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, 
yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka 
dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu 
dan kebiasaan mereka agar mereka tahu 
apa itu HAKIKAT PERJUANGAN..."

kata2 ini telah mengetuk iman ana,,mmg benar..
tarbiah bukan segalanya,,tp tnpa tarbiah segalanya sia2..

ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yg menyertainya
ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yg istiqomah
ANDAI perjuangan ini mnjanjikan kesenangan dunia
 pasti ramai yg tertarik pd nya

tp hakikat perjuangan bukan begitu,,
turun naiknya,,
sakit pedihnya,,
umpama kemanisan yg tdk trhingga..

ANDAI rebah >> bangkit semula
ANDAI terluka >> ingatlah janjinya

antara yang lainnya kata2 beliau:

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,
tidak pada penampilan diri, tidak juga pada 
gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.
Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati 
dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.."

"Saya berjanji akan menjadi orang yang istiqamah
 yang menunaikan ibadah serta menjauh
i segala kemungkaran. Menghiasi diri dengan 
akhlak-akhlak mulia dan meninggalkan 
akhlak-akhlak yang buruk.
Memilih dan membiasakan diri dengan 
kebiasaan-kebiasaan islami semampu saya."

"Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini.
 Kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. 
Bila kamu memahami rahasia tugasmu
 dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan 
amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti."

bahan yang boleh di rujuk:
Judul Buku : How to be like Hasan Al Banna
Penerbit : DAR! Mizan
Penulis : Herry Nurdi
Waktu Terbit : Cetakan I, September 2006/Sya’ban 1427 H