Monday, May 23, 2011

Batas Aurat Dalam Islam

AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : “Sebagaimana dilarang seorang mukallaf (Orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika dharurat atau terpaksa dibuka seperti ketika qadha’ hajat atau ketika mandi. Ketika dharurat diharuskan membukanya”.
2. Sementara Imam Maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : “Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya makruh kecuali ketika dharurat kerana ketika dharurat diharuskan membukanya”.
BATAS-BATAS AURAT LELAKI
Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-masing adalah MAKRUH.
2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI
Para Ulama bersepakat berpendapat bawah aurat perempuan kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT adalam surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 53 dan ayat 59 serta riwayat beberapa buah hadith.
Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat : 31 : yang mafhumnya :
“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Firman Allah lagi dalam Surah Al-Ahzab ayat 53 yang bermaksud :
“ … Apabila kamu bertanya atau meminta sesuatu keperluankepada mereka (isteri-isteri Nabi SAW), maka hendaklah di sebalik tabir. Cara demikian adalah lebih mensucikan hati kamu dan hati mereka …”
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Tafsir Ibn Kathir juz 3 halaman 284 disebut riwayat dari Ibn Syahab dari ’Urwah dan dari Aishah, katan Aisyah R.anha : ”Moga-moga Allah mencucuri rahmat kepada wanita-wanita Muhajirin yang mulia iaitu tatkala Allah menurunkan ayat 31 surah An-Nur, mereka teus mengoyak kain selendang lalu menutup diri mereka dengannya”.
Hadith riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah R.anha bahawa suatu hari kakaknya iaityu Asma’ binti Abu Bakr datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya : ” Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)”.
BATAS AURAT WANITA MENURUT ULAMA’ MAZHAB
Antara batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa mazhab ialah ;
1. Di hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh. Maksudnya semua termasuk rambutnya, mukanya, kedua tapak tangannya zahir dan batinnya juga kedua tapak kakinya. Hukum ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : ”Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (Hadith riwayat Al-Bazar dan At-Tirmizi).
2. Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita Islam yang baik akhlaknya, batas auaratnya adalah antara pusat hingga lutut. Walau bagaimanapun, bagi menjaga adab serta memperhalusi akhklak ketika berhadapan dengan lelaki yang mahramnya, eloklah wanita itu menjaga dan menutup auratnya yang selain dari pusat hingga lutut agar tidak menimbulkan ghairah kepada lelaki walaupun darjatnya mahrahm dengannya. Lebih-lebih lagi ditakuti akan timbul fitnah, kes sumbang mahram dan lain-lain.
3. Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah aklaknya, aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali anggota yang zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku sahaja dan dua tapak kakinya. Selain itu adalah diharamkan membukanya.
4. Aurat wanita sahaya (hamba) kepada lelaki yang mahram dengannya dan sesama perempuan auratnya adalah dari pusat hingga lutut. Dengan lelaki bukan mahram dengannya ( ajnabi ) auratnya adalah seluruh tubuh badan.
Penjelasan-penjelasan ulama tentang batas-batas aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ( bukan mahram). Perbezaan pendapat;
1. MAZHAB SYAFI’IE : ada 2 qaul ;
a) Qaul pertama : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Qaul ini adalah qaul yang paling soheh dalam Mazhab Syaf’ie.
b) Qaul kedua : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedah muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan fitnah kepada wanita itu, maka ketika itu wajiblah menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Fitnah iaitu ( ”apa yang lahir pada dirinya yang mana dengan melihatnya boleh mendatangkan nafsu syahwat).
2. MAZHAB HAMBALI : ada 2 qaul ;
a) Qaul pertama : Semua anggota wanita adalah aurat tanpa kecuali kepada lelaki ajnabi.
b) Qaul kedua : Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Tapi jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
3. MAZHAB HANAFI : ada 2 qaul ;
a) Qaul pertama : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
b) Qaul kedua : Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dan dua tapak kaki.
4. MAZHAB MALIKI : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.


p/s:thanks to "sahabat" kerana membuka mata saya untuk mencari dan mendalami tentang hal ini.

Friday, May 20, 2011

The best Programme ever ! Part 2 :)


Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk meneruskan penulisan.okeh,hari ini nak teruskan perkongsian sesi kuliah kedua bersama ustazah Badariah Ismail yang bertajuk "Fasilitator-The Khalifah Way"
Untuk sesi ini,perkara yang di ketengahkan mestilah menjadi fasilitator mengikut kaedah khalifah. A Matter of Choice-being what u are saying-ilmu tanpa amal tidak berbuah.inilah yang diberitahu oleh ustazah,tindakan perlu berlaku dan kita yang memilihnya.

Apakah yang dikatakan Kaedah Khalifah?
1)Pandangan Alam(worldview)-yang positif,tepat dan bermotivasi-->jelas matlamat
2)Memahami Hukum Pembelajaran-proses pembentukan tingkahlaku dan pemikiran manusia-->jelas cara capai matlamat
untuk Kaedah Khalifah ini,kami telah diajar semasa program Khalifah Youth Training.(boleh refer yang part 1)

Apakah perkara asas dalam Kaedah Khalifah?
1)konsep khalifah
Dimana kita perlu tahu bahawa kita adalah wakil Allah.kenapa?kerana kita perlu faham tanggungjawab.we are the choosen one.so..me must make "them" feel special.kenapa?kerana Allah yang menhantar mereka kepada kita dan they have potential.Teringat satu solusi yang dapat masa kuliah ustaz hasrizal dimana kelebihan dan kekurangan antara peserta dan fasi adalah asas menjadi satu/persamaan.
"them"=peserta/anak-anak.
2)Power to Choose
3)Laws of Learning-hukum pembelajaran
4)Inner Speech-kata hati.
kata hati terbahagi kepada 2.kata hati yang baik dan kata hati yang buruk.penting ke kata hati ini?yeah..ianya penting.kerana kata hati adalah perisai diri yang membuatkan kita menjadi lebih sensitif pada keadaan.Dan kita juga perlu bijak menggunakan kata hati yang betul dengan tempatnya.
5)Shaping-baseline to matlamat.
6)Rewards-memberi ganjaran bersesuaian dengan keadaan
7)Beautiful Words-menggunakan kata-kata yang baik
8)Jihad-good vs Evil


Dalam menjadi seorang Khalifah Allah...kita perlu mengetahui kebenaran.ayat yang dibawa oleh ustazah dalam ceramahnya.surah Al-hadid ayat 20.

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu

Apa yang cuba dijelaskan disini adalah kita perlu tahu bahawa hanya amalan kita sahaja yang tinggal sesudah mati.bukannya harta yang dicari bukan pula pangkat yang digilai tetapi hanya amal. ilmu yang bermanfaat menambah gemar kepada akhirat dan kurang gemar kepada dunia.
Di sini kami sekali lagi di ingatkan mu'allim terbaik adalah Rasulullah S.A.W.untuk menjadi seorang fasi yang berjaya,jadikan Rasulullah sebagai guru.

Seterusnya Pasak Seorang Fasi

  • khalifah-sebagai sumber kekuatan seorang hamba(Innallaha ma'ana)
  • kemampuan memilih-recognize the space to stop and choose(make decision),inner speech,ikhlas
  • cari pengaruh positif terarah untuk diri-rewards(especially thru words) and punishment as a last resort
  • beri pengaruh positif terarah untuk orang lain-rewards(especially thru words) and punishment as a last resort
  • kembali kepada al-quran dan sunnah(contohi Rasulullah)
  • Tegas vs Kasar(tggu part 3 ye ! )
motivation
It's the function of the HEART rather than the function of the HEAD!

to be continued..insyaAllah. =)






Tuesday, May 17, 2011

Air mata keinsafan

special dedicate to wan muhammad aniq :) i keep my promise

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi

Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

airmata keinsafan-the zikr 

Kata-Kata Khulafa Ar-Rasyidin

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
  1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
  2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
  3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
  4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
  1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
  2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
  3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
  4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
  1. Hatinya selalu berniat suci.
  2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
  3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
  4. Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
  5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
  1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
  2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
  3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
  4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.
  5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
  6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
  7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
  8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.

kenangan..ToT the best!


our big family
graduate untuk menjadi seorang fasilitator yang menggunakan kaedah khalifah :)

Selayar Ukhuwah, Serumpun Keluarga di Ufuk Dakwah
Terimbas dahulu…
Saat sebening cahaya menerjah kalbu
…Tatkala tarbiyah mewarnai sukmaku
Kala itu ku sedari
Hikmah takdirku jauh tercampak dari bumi sendiri
Ganjaran kepasrahan yang tidak terperi..

Di dalamnya ku temu… harga seorang aku
Di dalamnya ku temu
Nilai kecintaan pada Yang Satu
Sujud kehambaan pada Yang Maha Tahu
Di dalamnya ku temu
Ikatan erat teman searah yang tegar melangkah

Walau jalinan tidak sedarah
Namun terpateri kuat kerana Allah

Ku kenal erti ukhuwah
Ungkapan bukan sekadar kata, tapi suatu rasa
Bukan sekadar bicara, tapi zahir ternyata
Bukan sekadar omongan, tapi nikmat kemanisan iman
Catuan kasih di nurani insan
Berpadu berlandaskan Al-Quran
Bertaut hati kerana Tuhan

Ku tahu makna keluarga
Terbina bahagia bila islamnya jiwa
Menitip sepakat kala agama terjaga
Setelah awal mula suatu ikatan
Terpelihara di paksi kebenaran

Bila akarnya bertunjangkan keimanan
Bila dasarnya suci dari noda kekotoran
Ku sedar kemashalatan dakwah
Menangkis dakyah iblis laknatullah
Menyeru ummat kepada Allah..

Andai taruhan perjuangan adalah nyawa
Aku tetap rela, dalam meraih berkat dan cinta-Nya
Sedang pilihan di genggaman sekadar dua
Hidup mulia atau syahid di jalan-Nya

Kerana jiwa pejuang merindukan Syurga
Mengimpi mengharap bertemu Sang Pencipta


great team :)

group ustaz n ustazah

group sempoi!terbaik la kanak2.

yeah.my team!group paling semangat!
ceria oh ceria,dengan duniamu.

the cool team.terbaik!

in memory...Khalifah Youth Circle Training of Trainers Special Edition 2011
at Khalifah Institute. insyaAllah,together we use Khalifah Method in our daily life.
All of u are the best.The Best programme ever.Together,we strength the ukhuwah among us. ^_^



Monday, May 16, 2011

The best Programme ever !

Alhamdulillah..pada tarikh 13-15 mei 2011 Khalifah Youth Circle(KYC) telah mengadakan satu program yang sangat menarik. Peserta yang terlibat adalah daripada kalangan yang pernah menghadiri Khalifah Youth Training yang telah dibuat lebih daripada 10 siri. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada diri ini hadir ke program tersebut kerana apa yang dipelajari sangat bermakna dan bermanfaat. Penceramah yang hadir bukanlah calang2.Mereka adalah Ustaz Hasrizal, Ustazah Badariah dan Ustazah Hanani.

Nama program tersebut adalah KYC Training of Trainers Special Edition (KYC ToT SE) yang telah dijalankan di Khalifah Institute. Apa yang di ketengah dalam program tersebut adalah bagaimana cara seorang fasilitator yang berkesan sekaligus menjadi seorang daie yang berjaya.
Sedikit perkongsian kepada pembaca daripada slot ceramah yang pertama daripada ustaz Hasrizal yang bertajuk "Apakah saya menjadi seorang Fasilitator yang Berkesan?"

Apakah maksud Fasilitator?
Sebelum menjadi seorang fasilitator,anda perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan Fasilitator.Fasilitator adalah seorang individu yang bertugas membantu menguruskan proses bertukar-tukar maklumat. Di mana menjadi orang tengah di antara peserta dan penganjur. Fasilitator memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah program kerana mereka adalah pengantaraan.

Bagaimana pula dengan MO(modus operandi)?
Sebelum >>> niat yang betul,halal
Semasa    >>> menjaga syariatullah,menjaga sunnatullah
Selepas   >>> hasil sentiasa positif

1)Niat Yang Betul
Setiap perkara yang kita lakukan mesti didahului dengan niat. Dalam menjadi seorang Fasi,kita perlu analyze niat kita sama ada kerana terpaksa,menerima atau memberi. Ini kerana bekerja kerana terpaksa kita akan rasa terpaksa hingga ke akhirnya.jika kita bekerja kerana menerima,ianya baik sahaja.Tetapi jika bekerja kerana memberi ianya adalah terbaik. bukankah memberi lebih baik menerima?begitu juga dengan menjadi seorang faci kerana kita akan mendapat sesuatu yang perasaan yang hanya kita dan Allah sahaja tahu. memberi disini bukan sahaja sekadar menberi tetapi memberi dengan kasih sayang.

Sempurna Iman--->jiwa memberi--->memberi dengan kasih sayang.

2)Usaha Yang Betul ...maaf xdapat nak ulas

3)Menjaga Syariatullah
Di sini seorang fasi perlu menjaga syariatullah dari segi IDEA,MODUL dan PERLAKSAAN.
IDEA>>mengeluarkn idea daripada nas
MODUl>>membentuknya menjadi modul,integrasi dengan teknik kontemporari
PERLAKSANAAN>>tidak melanggar syariat Allah dan mencegah daripada 'fitnah'

4)Menjaga Sunnatullah...maaf juga kerana xdapat nak ulas.

sebelum slot berakhir,ustaz ada menyatakan bahawa ilmu,maklumat dan kemahiran menyumbang 7% dalam kejayaan dan 93% yang menyumbang adalah sikap.kami juga melakukan beberapa study case bersama ustaz dan cara mengatasi menggunakan kaedah khalifah.

3 proses perubahan
1)akal--->ilmu(bersepadu)--->TAHU
2)hati--->iman(mendalami)--->MAHU
3)nafsu--->latihan(berterusan--->MAMPU

sebelum program bermula,sabagai seorang fasi perlulah identify siapa peserta program dan kaji siapa mereka. sebagai seorang fasi juga,anda perlu selesakan peserta dan anda juga perlu selesa dengan mereka.anda tidak berhak melabel/judge siapa mereka tetapi perlu sentiasa hargai mereka.ustaz juga ada ajar cara bagaimana nak tawan hati peserta/mad'u.faci juga perlu remain positif dan pisahkan hal peribadi semasa melakukan kerja.ape2 pun pergantungan pada Allah adalah sangat penting.

ini adalah perkongsian yang boleh dibuat pada slot yg pertama.Banyak lagi yang dpelajari antaranya bagaimana nak hadapi peserta yang sebaya/senior,peserta yang pasif,aktif,mengantuk,bagaimana nak detect diri peserta,cara nak mengawal keadaan,perasaan semasa program,dan banyak lagi.dan sepanjang program,kami dilatih untuk menggunakan kaedah khalifah dan Rasulullah sebagai MU'ALLIM.

Berdakwah bukan untuk memberi TAHU tetapi mencetus MAHU agar bergerak menuju MAMPU.Pencerahan bukanlah pada menghimpun pengetahuan,tetapi menyuluh membara insan mengenai TUHAN.(saiful islam)

to be continue...insyaAllah. =)
my big family(KYC FAMILY)
alhamdulillah..kami semua telah grad dan menjadi fasi tetap KYC dibawah naungan Khalifah institute..