Thursday, July 28, 2011

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA :)


Bismillah wa alhamdulillah..masih diberi peluang untuk menulis entry di blog yang tidak seberapa ini. Entry pada kali ini adalah mengenai segmen yang di tagged oleh saudara alif dan dianjurkan oleh saudara syafiq mokhtar(nak tahu lebih lanjut?bleh click kat link kat atas tu ^_^)-join

Pejam celik pejam celik, Ramadhan akan tiba. Tak lama dah....tinggal lagi 3 hari(mudah-mudahan sempat ramadhan kali ini..amin). Kalau time kecik-kecik dulu,kalau mama dan abah suruh puasa..mula la tunjuk muka pelik dan ada saja alasan...demam la,sakit perut la.hehe..
Dan mama dan abah yang nak pancing kita suruh puasa jugak.."okeh..hari ni puasa separuh hari je"
kita ape lagi..yahooo!(adui..teruknya aku zaman budak-budak :P )

Tapi bila umur pun dah meningkat, baru lah kita tahu apa maksud puasa,kebaikan berpuasa,larangan semasa berpuasa,amalan bulan ramadhan dan lain-lain lagi. Dan paling yang dinantikan adalah tarawih berjemaah dan malam lailatul qadar. Allahu Rabbi...xsabar menanti bulan yang mulia ini dan berPESTA IBADAH.(excited sikit sebab sejak masuk sekolah berasrama dan U..inilah kali pertama menyabut kedatangan bulan Ramadhan bersama keluarga)

Dan hadis yang ingin dikongsikan pada hari ini adalah mengenai kewajipan berpuasa dan keutamaan berpuasa. Puasa pada bulan Ramadhan mula diwajibkan pada tahun ke-2 hijrah. Ayat yang memerintah umat islam berpuasa ialah dari surah Al-Baqarah ayat 183. 

 "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]

Surah Al-Baqarah ayat 185:

"Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."


Juga seperti yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.

Dari Nabi Muhammad s.a.w. bahawa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari)
[Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1795]
Terlalu banyak keutamaan berpuasa ni kerana rahmat Allah itu tidak terperi. Seperti yang terdapat dalam sebuah hadis
"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" 
[Bukhari-Muslim]
"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" 
[Bukhari-Muslim]
So..apa lagi sahabat-sahabat sekalian. Manfaatkan setiap detik yang kita ada dengan penuh kecintaan pada Allah subhanallahu Taala.

Target bulan ramadhan: Disiplinkan diri dengan Qiam dan habiskan satu juzuk satu hari
link di bawah ini adalah link untuk Ramadhan Self Improvement.

sekiann... C:



tag: achik eti



Monday, July 25, 2011

let's together!


compare kan diri kita yang mempunyai akal fikiran dan hati nurani
berbanding dengan haiwan yang tidak mengerti.
Allahu rabbi..sangat kecilnya diri ini.
jom perbaiki diri dan bersyukur dengan setiap pemberian Ilahi.
jom tangani dan tewaskan nafsu sanubari
yang sentiasa bermaharajalela dalam diri.
Aku adalah hamba yang tersangat hina di hadapan Ilahi.
Allahu rabbi..hilangkan lah ego yang meninggi
hanya kerana duniawi.
dan tetapkan lah hati kami
jiwa kami,jasad kami..teguhkan iman kami
untuk mengejar keredhaan mu yang tidak terperi
dan tempatkanlah kami
bersama orang yang Kau cintai di sana nanti.

Saturday, July 23, 2011

Air dicincang tidak akan putus

Bismillah wal hamdulillah..
post entry ini ditulis khas untuk seorang sahabat sekolah menengah dahulu.
Benarlah bak kata pepatah,air yang dicincang tidak akan putus.
Walau terluka,marah sekalipun..
andainya dia seorang sahabat,pasti kita akan mudah melupakan.
Terima kasih sahabat kerana membuka hati mu 
untuk menegur ku kembali setelah sekian lama mendiamkan diri.
Terima kasih sahabat kerana masih mengingati persahabatan yang telah kita jalinkan.
Aku tegur kerana sayang,bukan kerana untuk menunjukkan diri yang hina ini HEBAT 
dalam segala perkara
.Diri ini masih memerlukan sahabat seperti kalian 
walaupun kita mempunyai pandangan dan cara hidup yang berbeza.
Kalian lah  kekuatan diri ini di kala sedih dan lemah.
Terima kasih ya Allah kerana menyuburkan kasih sayang dalam
diri kami.
Ya Allah,kuatkan lah ikatan hati kami..
agar ukhuwah ini terus terbina dan hanya mati memisahkan kami.
Lapangkan lah dada kami untuk menerima kekurangan yang ada.
Satukan lah hati kami dan redhai lah diri kami.

to ALL of u..love u forever and ever.
And thank you sahabat,kerana menegur ku kembali ^_^




Tuesday, July 12, 2011

Demi Mengelakkan BERSIH 3.0



Alhamdulillah..akhirnya,aku masih diberi peluang untuk menghadiri kuliah bulanan ustaz hasrizal setelah sekian lama terpaksa menangguhkan kehadiran.Alhamdulillah kerana didedahkan lagi dengan ilmu yang sangat bermakna dan perkara yang dibincangkan tadi adalah Apa erti saya menjadi Muslim dari sudut Ibadah(kalau tak silap la.hehe). Dan apa yang nak dikongsi bukanlah apa yang dibincangkan tentang kuliah tadi,tetapi adalah perkongsian mengenai soalan yang ditanya oleh seorang saudara mengenai "adakah pergi ke bersih juga satu ibadah?".Di sini ustaz telah clear kan kami semua bahawa,berdemo TIDAK salah kerana ianya sebagai satu wasilah dan tidak perlu dipersoalkan lagi tentangnya.Adakah ianya ibadah?terpulang kepada niat kita pergi ke bersih tersebut.jika niat Lillahi Taala,insyaAllah.dan banyak lagi penjelasan yang ustaz terangkan.
Dan link dibawah ini adalah perkongsian daripada ustaz mengenai apa yang perlu dilakukan demi mengelakkan BERSIH 3.0.
Dan sahabat-sahabat yang mahu join kuliah bulanan ustaz,boleh la lawati website ustaz(saifulislam.com),untuk check schedule kuliah bulanan ustaz bersama Khalifah Institute :)

Demi Mengelakkan BERSIH 3.0

Friday, July 1, 2011

Ayat 12 surah Al-Hujuraat

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” 
[Al-Hujuraat ayat 12]
Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):
Sebagai lanjutan kepada ayat ke-11
Pengajaran ayat:
Dalam ayat ke-12 ini Allah S.W.T menetapkan satu lagi larangan dalam konsep pembinaan persaudaraan dalam Islam. Dua larangan awal dalam ayat ke-11 adalah berbentuk zahir berbeza dengan sifat prasangka dan mengintip-intip dalam ayat ke-12 yang bersifat tersembunyi.
3. Ayat dimulakan dengan larangan Allah S.W.T terhadap sifat bersangka-sangka (dengan persangkaan buruk – su’ul dzan). Persaudaraan yang kukuh mustahil dapat dibentuk kalau wujudnya sikap bersangka-sangka buruk terhadap satu sama lain. 
Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata” (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Syak wasangka yang dizahirkan dengan ucapan mudah tergelincir kepada fitnah dan mengumpat (ghibah). Dapatlah disimpulkan bahawa keburukan fitnah dan mengumpat (ghibah) itu sebenarnya adalah berakar umbi dari sifat-sifat syak-wasangka.
Seorang Islam yang beriman seharusnya tidak menzahirkan sebarang anngapan buruk terhadap saudaranya sebagaimana pesan sebuah hadis dari Rasulullah (SAW) yang dilapurkan oleh Abu Hurairah “Allah S.W.T tidak akan melihat niat buruk seseorang itu sehinggalah dia menyuarakannya atau melakukannya”. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Dilaporkan, berkata Umar Al-Khattab “Bila saudaramu berkata sesuatu yang mencurigakan, fikirkanlah tentang yang baik-baik sahaja dan engkau akan mendapat penjelasan yang baik-baik juga” (riwayat Ibnu Katsir dan Imam Malik)
Ayat ke-12 ini diakhiri dengan larangan mengumpat (ghibah, berbicara buruk) yang lahir dari perasaan syak-wasangka. Perbuatan ghibah ini adalah antara faktor utama yang meruntuhkan persaudaraan (ukhwah) sesama Islam. Rasulullah S.A.W pernah ditanya “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah (SAW) menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”.
Alhamdulillah,sekian saja tafsir ringkas untuk ayat 12 dari surah Al-Hujuraat.
Sumber : Tafseer Soorah Al-Hujuraat, Abu Ameenah Bilal Philips,
Tawheed Publications, Riyadh.