Saturday, July 7, 2012

Cukupkah?

Bismillah wa Alhamdulillah..

Usai solat isya' semalam...hati berdetik,cukupkah amalan ku untuk kembali kepada Allah? 
Cukupkah bekalan amalan untuk menjawab soalan malaikat Mu di alam barzakh nanti?
Cukupkah amalan sepanjang detik bernafas untuk aku meraih syurga Mu?
Cukupkah untuk aku melepasi titian sirat Mu?
Cukupkah untuk memberatkan timbangan kebaikan ku di Al-mizan nanti?
Cukupkah untuk bersama golongan orang mukmin di akhirat nanti?
Cukupkah untuk bersama Rasulullah Kekasih Mu?

Allah..Allah..sesak terasa sewaktu memikirkannya. Allah..terlalu banyak dosa hamba mu ini. Ampunilah aku ya Allah.


Monday, July 2, 2012

Rawakss...Hlovate

Bismillah wa Alhamdulillah.




Versus, Rooftop Rant, 5 tahun 5 bulan, Tunas, aA+bB, Contengan jalanan,Gurindam,Pelangi dan novel yang akan datang..Awesome ! Tulisan Hlovate...yes,aku sangat suka kannya. Bukan sebab novel dia ada main 'hati' tapi jalan cerita dia yang membawa aku bersama dalam tulisannya. Dan memberi banyak pengajaran buat diri aku sendiri. Backpacking...yes,benda yang paling aku nak buat lepas baca contengan jalanan. Australia...tempat yang aku nak pergi selain tanah suci. Kenapa Australia? sebab keindahan alam yang Allah cipta di sana sangat menakjubkan. Cukup la dengar apa yang kawan aku yang duk belajar overseas cerita. Buat jeles bergunung-gunung je ! 


Di pagi yang sedang menunggu bola untuk start ni..nak kongsi one of Hlovate book's...Rooftop Rant. Tentang keluarga.Tentang Ibubapa. Batrisya....seorang remaja yang hidup dalam keluarga yang berada tapi tiada erti kasih sayang. Quote yang digunakan "There're times when strangers are like family, and family are like strangers". Seorang gadis yang sedang membesar tanpa perhatian dan panduan yang betul. Seorang gadis yang tidak kenal erti agama. Sedih kan kalau benda ni jadi pada diri kita. Bersyukurlah jika kita dilahirkan dalam keluarga yang baik didikannya dan mempunyai erti kasih sayang. Dan dalam buku ni jugak..menunjukkan betapa struggle nya Batrisya ni bila hidupnya turn 360 oleh atuk,opah dan paksu dia dengan jiwa muda yang memberontak. Nice story..cerita ni tak kosong walaupun ada la jugak 'gula' dengan manusia bernama Jade. 


Sama seperti novel Versus bila mana AO dan Min mengubah diri mereka kepada lebih baik. Islam itu sendiri bukan susah. Tidak membebankan pun. Cuma antara diri kita sendiri nak atau tak. Sama jugak bila mahu berubah kepada lebih baik. Bukan perkara yang susah.Tak perlu redah lautan api ataupun panjat gunung Everest pun kalau nak jadi lebih baik. Insan yang Allah redhai. Bergantung pada diri kita NAK atau TAK NAK. katakan NAK untuk berubah. 


p/s: Tidak perlu bergunung ilmu di dada kalau nak berubah.Derr...mati tak tunggu kita tau.

Monday, June 25, 2012

Manisnya Qiamullail


          
          Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Dimuka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang.Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.


          Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra,dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada,kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya. Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. 


Abu Sulaiman pula berkata
Jikalau tidaklah
kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai
tinggal di dunia ini.

          Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya. Pada waktu malam juga akan ada satu detik dimana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikanpada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan ebih pahalanya. 

Sabda Rasulullah S.A.W
Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk
kesuraman kubur

          Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam,maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t.Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah.Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup
cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-
hambaNya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga 
ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan 
memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut
sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu.
Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah 
s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau
berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan 
kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya.
Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. 
Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji 
jiwa dan malas.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah 
kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu.
Sesungguhnya bangun malam adalah 
mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla,
menutup segala dosa, menghilangkan segala 
penyakit pada tubuh dan mencegah daripada 
dosa.

Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud,
oleh : Muhammad Uzair Al Aziz.

p/s : Jom warmed up before ramadhan tiba. :)

Monday, June 18, 2012

Biar PENA Berbicara

Dear my beloved sister,         


          Forever is a very long time. How is it that people can talk so casually about a concept that we cannot even wrap our minds around? Sometimes we have a friend and we sense that our souls are very closely connected. 
          We know that the connection is above time and space. We know that wherever we are in our lives we will always remain friends. Even if we do not see each other for years we are able to pick up right where we left off. This is what people mean when they say friends forever.

True friends are hard to find
but there you are you came into my life
You came to me in a perfect time
I'm so happy you're a friend of mine
We've been together for so long
in a fantastic place we belong
We shared the mysteries of our life
laughter and tears are seen in our eyes.

We have something that holds us together
Something that made us both better
It makes the fun never end
And it helps me to know that when
I am down and blue
Because you're my friend.


You're with me and I'm with you
you comfort me and I'm comfort you
A part of me becomes apart of you
true friendship I've found you
Yes it's true we're apart
Coz I'm here and you there
But I've Allah to watch you
Be with you all the time.




Sincerely,
Adik :)

**semoga sama-sama thabat dalam jalan ini dan dipermudahkan urusan ^^.






Saturday, February 25, 2012

misunderstood

tok ! tok ! tok ! Handphone berbunyi. menandakan ada mesej masuk. 




erk...kenapa plak budak ni hantar mesej dekat aku. mesti ada something ni. Dengan penuh cuak dan curiga, touch la screen phone sebab nak baca mesej empunya diri.


Anonymous : Assalamu'alaikum.tengah buat apa? buzy ke?
Aku : wa'alaikumsalam.yes,may i help u?
Anonymous : oh..saya nak tanya something boleh? (erk...ape kes budak ni ? )
Aku : yes?
Anonymous : awak dah kawin ke?
Aku : Belum. kenapa?
Anonymous : oh..awak dah bertunang ke?
Aku : Belum. Kenapa? ( pehal budak ni...?  suspicious.)
Anonymous : saya nak cakap sikit boleh? ( confirm !)
Aku : sure.what is it?
Anonymous : kenapa awak berubah ? dah tak macam diri awak yang saya kenal dulu. (ding ! as expected ! )
Aku : berubah? bukan benda normal ke tu kalau dah meningkat usia? straight to the point, please.
Anonymous : baik. let me straight to the point. i saw you with one brothers. sangat rapat. makan sama-sama. dekat library hari tu pun saya nampak awak dengan dia. bukan sekali. dah banyak kali. dan sangat rapat.




Aku : so? kenapa tak tegur direct kalau dah nampak?
Anonymous : dulu awak tak berani nak buat benda-benda macam ni. tapi sejak awak masuk sini, awak dah berubah. lainlah kalau awak dah kahwin. tapi awak cakap awak belum kawin . layak ke saya tegur orang yang macam awak. bertudung molek. jaga "batas". (....berasap mak ! )
Aku : oh..ada lagi?
Anonymous : nope. kenapa? nak banyak lagi ke (perghh..kau stalk aku baik punya ! )
Aku : nak minta tolong sikit bleh? bleh tak describe brothers tu macam mane? i mean physical dia.
Anonymous : tak perlu describe. sebab awak tahu siapa empunya diri. kan? (ahah..kantoi ! )


the only brother i have.
yang banyak tolong diri ini sepanjang berada di sini.
without him...maybe i couldn't make it. 

Aku : okeh then.He's my brother. dan tak perlulah kot saya nak jaga batas dengan dia. nak pegang tangan dia pun x haram.kan?anytime nak date dengan dia pun xda masalah kan?

Anonymous : abang? ke awak nak cover lepas dah kantoi ? (....sabar....)
Aku : kantoi? ahah...tak perlu kantoi segala bagai la kan kalau hakikat yang sebenarnya begitu. kalau rajin la kan..pegi la stalk FB dia. nama dye ****** *********


20 minutes ago......


Anonymous : saya minta maaf. saya tak tahu awak ada abang dan awak tak pernah bagitahu. (hahaha...dia stalk betul-betul plak ! )
Aku : sekarang awak dah tahu.  anyway...before nak tembak,pastikan sasaran tepat !


moral of the story : 
1.jangan cakap ikut sedap mulut je.tanya la dulu. kalau segan nak tanya empunya diri..tanya kawan-kawan dia xpe dah. takut jadi fitnah plak nanti. :)


2. orang sekeliling akan perhatikan apa yang kita buat. apatah lagi yang Maha Pencipta yang sentiasa melihat dan mengetahui apa yang kita lakukan. Perbaiki diri demi Tuhan yang Esa. jaga tingkah laku setiap masa demi Redha Ilahi. ^-^


3. jangan mudah melatah. cool je... :D

Saturday, February 18, 2012

Tampal kelompongan Itu

Subhanallah wa Alhamdulillah. 
ini adalah buku yang bakal dihabiskan sepanjang satu sem di Bumi UIA ! 
insyaAllah...moga diberi kekuatan oleh Allah untuk membaca buku ini
selain buku akademik :)


Hlovate: tunas dan aA+bB
Tuan Guru Nik aziz: Semai benih-benih syurga
Sun Tzu: Art of business
25 Pahlawan islam.
ulang untuk kali ke-2
juga ulang untuk kali ke-2



Pesanan dari ustaz Ridhauddin dalam pertemuan 2 bulan yang lepas, tampalkan kelompongan itu dengan ilmu. Sebagai seorang muslim, ilmu itu sangat penting. Bukan sahaja mendalami ilmu dalam bidang yang kita pelajari malah juga mendalami ilmu yang bukan dari bidang kita. Bercakap dengan hujah BUKAN semborono. Belajar,Faham dan Ingat.



*Knowledge is never a waste and you must understand the knowledge* :)


p/s: munirah zulkifli, ada buku baru? ^_^

Monday, February 13, 2012

2 in 1

12 feb 2012
         
          Alhamdulillah..hajat untuk berjumpa murabbi pada hari ini tercapai. saban waktu hanya mendengar suara di corong radio dan melihat wajahnya di kaca television. Dan hari ini, Allah menunaikan permintaan aku untuk bersua muka mendengar butir bicaranya. Terima kasih Nisa Wilayah Persekutuan yang menjayakan talkshow bersama Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid di Masjid Syakirin, KLCC. Terima kasih ya Allah !


‎"...hidupkan kebersamaan Rasulullah dalam kebersamaan kehidupan."
"...Rasulullah hanya meninggalkan fizikalnya.mesti hidupkan Rasulullah dalam hati dan jiwa kita"

            Dan hari ini juga Allah menunaikan permintaan aku untuk menjejaki bumi CFS kembali setelah sekian lama meninggalkan tempat itu. Terubat rindu untuk berada di sana sambil-sambil mengimbas kenangan bersama-sama sahabat satu ketika dulu. ahah..tu pun datang sebab ada RAFEST. tapi tetap puas hati sebab dapat jumpa junior dan sahabat yang masih berada di sana  :D nice meeting with you guys :) sedang elok menuju jalan pulang, lagu amar (Cebisan kenangan) berkumandang. sedih plak rasa...rindu ! 


p/s: terima kasih syarah teman saya :D

Friday, February 10, 2012

Khalifah-ian :D

4 Feb 2012
Retreat to Melaka with Khalifah-ian :)


this is khalifah institute hall :D
gather before depart

going to Kg.Buku Melaka sambil-sambil riadah pagi :D

waiting for everybody before move to next station


 the KYC line-up excluded me :P


at taman botanic park.oh mr.president...you block me!

at zoo Melaka..rest for a while after walking around 

keluarga khalifah :D
thanks for the great moment with you all !

p/s: walau sesibuk mana pun kita dalam belajar dan bergerak kerja, ukhuwah dengan kawan-kawan mesti kena jaga.jangan sampai hak bersahabat tidak tertunai :) 

Thursday, February 9, 2012

welcome back !

           Semester kedua telah bermula ! setelah penat membina badan sepanjang cuti sem, akhirnya kaki ini menjejak kembali di bumi UIA yang tercinta. Seperti sem 1, muka-muka classmate still muka yang sama. pusing kanan muka sama, pusing kiri pun muka sama. mana classmate baru? harap dalam kelas UNGS je la muka yang baru sebab gabung banyak course. haila...

           lecturer yang mengajar pun boleh tahan hebat dan pedasnya. kira tak salah la ikut suggestion senior-senior yang dah belajar dengan diorang dulu.cuma..ada sedikit perbezaan compared to previous semester. lect jenis mengajar fully guna buku. nak tak nak,buku wajib ada untuk setiap subjek ! [nasib la ada voucher :D ] dan next week dah start kuiz. awesome... ! 


          this semester jugak adalah penentu untuk decide majoring. either IT or CS. masih memikirkan kedua-duanya dan masih mencari identiti diri. wohaa ! apa-apa pun, belajar tetap kena belajar ! chaiyok untuk sem ni ! fighting ^_^

still have 3 years to graduate degree !



Saturday, February 4, 2012

Thursday, February 2, 2012

بين الأمس واليوم



Wahai saudaraku;
Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya.
Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan
jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. 
Jadilah orang-orang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah 
kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa.
Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Seerah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan
bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepada
seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka
mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamu
dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang
kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu
dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.
Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu.
Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu.
Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang dan
janganlah ragu.

Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyayang (Al-Ruum)

BUKU “ANTARA SEMALAM DAN HARI INI”
OLEH : Imam As-syahid Hassan Al-Banna
PAGE: 14-15(pdf)

Tuesday, January 31, 2012

Haza min fadhli rabbi~



situasi 1:

Berdebar ! ya,itulah yang aku rasakan sekarang. Nak tidur tak lena,badan bergetar habis. Menanti result exam yang akan tiba tidak lama lagi. 10 minit lagi...5 minit lagi...3 minit lagi...tetttt ! dah pkul 12 !
Tangan laju memasukkan no pin dan no matrik. cepat la..cepat la...tit...lain buzy. grr...xpe2.cuba lagi !
dan akhirnya.... terima kasih ya Allah ! yes.akhirnya..result yang memuaskan hati. tak membazir usaha aku selama ini.tapi kalau gred subject ******** dapat A kan seronok. baru capai targer ! hebat jugak aku ni !
dan...[terus bertukar result dengan kawan-kawan lain]

situasi 2:

Berdebar ! ya,itulah yang aku rasakan sekarang. Nak tidur tak lena,badan bergetar habis. Menanti result exam yang akan tiba tidak lama lagi. 10 minit lagi...5 minit lagi...3 minit lagi...tetttt ! dah pkul 12 !
Tangan laju memasukkan no pin dan no matrik. cepat la..cepat la...tit...lain buzy. grr...xpe2.cuba lagi !
dan akhirnya....  knp result aku macam ni. ya Allah,ujian apa yang kau beri pada aku?bagaimana aku nak bagi tahu mak dan ayah. sedihnya...aku dah usaha ya Allah.kenapa ini yang kau berikan.kenapa kau tidak beri result mereka kepada aku. kenapa?? seronoknya jika aku punya result seperti mereka. hmm.. :(

ali : kau dapat berapa result?mesti gempak gila kan. 
abu : biasa-biasa je result aku.
ali : ala..xyah tipu la.kau kan DL sem lepas.
abu :tue sem lepas der... [kau tau x aku tengah sedih ini. jangan tanya aku lagi !]
ali : meh aku teka. 3.7 kan? dah la CAM ko tinggi.lain la aku ni.
abu : ...... [ huargh ! :( ]

kegagalan merupakan satu peringtan dari Allah. KEJAYAAN juga merupakan satu peringatan dari Allah. bersederhana dalam menerima ketentuanNya. Carilah hikmah disebaliknya. InsyaAllah...akan ada sinar menanti. Jangan berputus harapan. 
"...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

bersederhana..kerana kita tidak tahu,kegembiraan kita..akan membawa duka pada orang lain. kita hanya mampu berusaha dan berdoa. jika Allah tidak mahukan ia berlaku.ianya tetap tidak akan berlaku..
ye..menerima ketentuanNya dengan hati yang penuh redha. aku berani berkata,kerana aku sudah alaminya..gagal atau tidak mendapat apa yang kita mahu,sangat menyakitkan. tapi Allah itu Adil. Semua yang berlaku ada hikmah.percayalah dengan Hikmah itu. InsyaAllah !

p/s: thanks dekat semua kawan yang mewujudkan persaingan sihat..eton,alip,afiq.syabab,arimi,mun..n classmate yang sangat psiko.huhu. tapi semuanya datang dari Allah. thanks guys.next sem plak ye !







Monday, January 30, 2012

Rasulullah SAW dan pengemis Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan" Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.a.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?"Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.


http://azharjaafar.blogspot.com/

kerana insan itu adalah SAHABAT !

          Untuk sekian kalinya..... air mata ini gugur kembali kerana kamu. Apalah erti bersahabat jika tiada pahit manis dalam berukhuwah. tipu lah jika hati ini tidak terasa dengan jurang yang semakin jauh. Ya...mungkin kerana kini kita berbeda. banyak batasan yang harus di patuhi..Dan perkenalan kita bukan lah bertahun lamanya..dan aku harus mengakuinya. pertemuan kita adalah pertemuan yang tidak disengajakan dan terlalu singkat, yang menyatukan kita adalah kefahaman di jalan yang sama dan sedikit persamaan character. hanya itu dan ditambah rencah ukhuwah fillah.
      Aku mengerti akan kesibukan kamu. Aku mengerti apa yang berlaku disekeliling kamu. Aku cuma mengerti...tapi ego hati tidak mahu memahami. Kadang-kadang menjadi terlalu sensitif sampai memakan diri sendiri. Diri ini masih sedang belajar keadaan itu. aku rindukan saat bersama. ya..terlalu rindu. Tapi mungkin kah itu berlaku lagi? rasanya tidak..ya..tidak. kau jauh nun di sana. jarak memisahkan kita..
         Maafkan aku jika menjadi terlalu berahsia. bukan tidak mahu bercerita, tapi aku memahami kepentingan kamu di mana. Maaf jika aku mendiamkan diri. Bukan aku tidak mahu menegur, tapi aku tahu di mana keutamaan mu. Dan dalam ingatan tidak luput tentang kamu. dan kini aku punya teman . Dia seperti kamu. Tapi dia tidak sama dengan kamu.Hanya kamu adalah kamu. HANYA KAMU. jika hati ini berkecai, kamu adalah kepingan yang akan menyatukan hati ini kembali. Duhai sahabat, jangan kau khawatir akan diri ini kerana aku tahu...doa kamu selalu mengiringi aku . 

dari sahabat buat sahabat :)
Allah itu kekuatan aku dan Rasullah pengubat hati aku