Saturday, February 25, 2012

misunderstood

tok ! tok ! tok ! Handphone berbunyi. menandakan ada mesej masuk. 




erk...kenapa plak budak ni hantar mesej dekat aku. mesti ada something ni. Dengan penuh cuak dan curiga, touch la screen phone sebab nak baca mesej empunya diri.


Anonymous : Assalamu'alaikum.tengah buat apa? buzy ke?
Aku : wa'alaikumsalam.yes,may i help u?
Anonymous : oh..saya nak tanya something boleh? (erk...ape kes budak ni ? )
Aku : yes?
Anonymous : awak dah kawin ke?
Aku : Belum. kenapa?
Anonymous : oh..awak dah bertunang ke?
Aku : Belum. Kenapa? ( pehal budak ni...?  suspicious.)
Anonymous : saya nak cakap sikit boleh? ( confirm !)
Aku : sure.what is it?
Anonymous : kenapa awak berubah ? dah tak macam diri awak yang saya kenal dulu. (ding ! as expected ! )
Aku : berubah? bukan benda normal ke tu kalau dah meningkat usia? straight to the point, please.
Anonymous : baik. let me straight to the point. i saw you with one brothers. sangat rapat. makan sama-sama. dekat library hari tu pun saya nampak awak dengan dia. bukan sekali. dah banyak kali. dan sangat rapat.




Aku : so? kenapa tak tegur direct kalau dah nampak?
Anonymous : dulu awak tak berani nak buat benda-benda macam ni. tapi sejak awak masuk sini, awak dah berubah. lainlah kalau awak dah kahwin. tapi awak cakap awak belum kawin . layak ke saya tegur orang yang macam awak. bertudung molek. jaga "batas". (....berasap mak ! )
Aku : oh..ada lagi?
Anonymous : nope. kenapa? nak banyak lagi ke (perghh..kau stalk aku baik punya ! )
Aku : nak minta tolong sikit bleh? bleh tak describe brothers tu macam mane? i mean physical dia.
Anonymous : tak perlu describe. sebab awak tahu siapa empunya diri. kan? (ahah..kantoi ! )


the only brother i have.
yang banyak tolong diri ini sepanjang berada di sini.
without him...maybe i couldn't make it. 

Aku : okeh then.He's my brother. dan tak perlulah kot saya nak jaga batas dengan dia. nak pegang tangan dia pun x haram.kan?anytime nak date dengan dia pun xda masalah kan?

Anonymous : abang? ke awak nak cover lepas dah kantoi ? (....sabar....)
Aku : kantoi? ahah...tak perlu kantoi segala bagai la kan kalau hakikat yang sebenarnya begitu. kalau rajin la kan..pegi la stalk FB dia. nama dye ****** *********


20 minutes ago......


Anonymous : saya minta maaf. saya tak tahu awak ada abang dan awak tak pernah bagitahu. (hahaha...dia stalk betul-betul plak ! )
Aku : sekarang awak dah tahu.  anyway...before nak tembak,pastikan sasaran tepat !


moral of the story : 
1.jangan cakap ikut sedap mulut je.tanya la dulu. kalau segan nak tanya empunya diri..tanya kawan-kawan dia xpe dah. takut jadi fitnah plak nanti. :)


2. orang sekeliling akan perhatikan apa yang kita buat. apatah lagi yang Maha Pencipta yang sentiasa melihat dan mengetahui apa yang kita lakukan. Perbaiki diri demi Tuhan yang Esa. jaga tingkah laku setiap masa demi Redha Ilahi. ^-^


3. jangan mudah melatah. cool je... :D

Saturday, February 18, 2012

Tampal kelompongan Itu

Subhanallah wa Alhamdulillah. 
ini adalah buku yang bakal dihabiskan sepanjang satu sem di Bumi UIA ! 
insyaAllah...moga diberi kekuatan oleh Allah untuk membaca buku ini
selain buku akademik :)


Hlovate: tunas dan aA+bB
Tuan Guru Nik aziz: Semai benih-benih syurga
Sun Tzu: Art of business
25 Pahlawan islam.
ulang untuk kali ke-2
juga ulang untuk kali ke-2



Pesanan dari ustaz Ridhauddin dalam pertemuan 2 bulan yang lepas, tampalkan kelompongan itu dengan ilmu. Sebagai seorang muslim, ilmu itu sangat penting. Bukan sahaja mendalami ilmu dalam bidang yang kita pelajari malah juga mendalami ilmu yang bukan dari bidang kita. Bercakap dengan hujah BUKAN semborono. Belajar,Faham dan Ingat.



*Knowledge is never a waste and you must understand the knowledge* :)


p/s: munirah zulkifli, ada buku baru? ^_^

Monday, February 13, 2012

2 in 1

12 feb 2012
         
          Alhamdulillah..hajat untuk berjumpa murabbi pada hari ini tercapai. saban waktu hanya mendengar suara di corong radio dan melihat wajahnya di kaca television. Dan hari ini, Allah menunaikan permintaan aku untuk bersua muka mendengar butir bicaranya. Terima kasih Nisa Wilayah Persekutuan yang menjayakan talkshow bersama Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid di Masjid Syakirin, KLCC. Terima kasih ya Allah !


‎"...hidupkan kebersamaan Rasulullah dalam kebersamaan kehidupan."
"...Rasulullah hanya meninggalkan fizikalnya.mesti hidupkan Rasulullah dalam hati dan jiwa kita"

            Dan hari ini juga Allah menunaikan permintaan aku untuk menjejaki bumi CFS kembali setelah sekian lama meninggalkan tempat itu. Terubat rindu untuk berada di sana sambil-sambil mengimbas kenangan bersama-sama sahabat satu ketika dulu. ahah..tu pun datang sebab ada RAFEST. tapi tetap puas hati sebab dapat jumpa junior dan sahabat yang masih berada di sana  :D nice meeting with you guys :) sedang elok menuju jalan pulang, lagu amar (Cebisan kenangan) berkumandang. sedih plak rasa...rindu ! 


p/s: terima kasih syarah teman saya :D

Friday, February 10, 2012

Khalifah-ian :D

4 Feb 2012
Retreat to Melaka with Khalifah-ian :)


this is khalifah institute hall :D
gather before depart

going to Kg.Buku Melaka sambil-sambil riadah pagi :D

waiting for everybody before move to next station


 the KYC line-up excluded me :P


at taman botanic park.oh mr.president...you block me!

at zoo Melaka..rest for a while after walking around 

keluarga khalifah :D
thanks for the great moment with you all !

p/s: walau sesibuk mana pun kita dalam belajar dan bergerak kerja, ukhuwah dengan kawan-kawan mesti kena jaga.jangan sampai hak bersahabat tidak tertunai :) 

Thursday, February 9, 2012

welcome back !

           Semester kedua telah bermula ! setelah penat membina badan sepanjang cuti sem, akhirnya kaki ini menjejak kembali di bumi UIA yang tercinta. Seperti sem 1, muka-muka classmate still muka yang sama. pusing kanan muka sama, pusing kiri pun muka sama. mana classmate baru? harap dalam kelas UNGS je la muka yang baru sebab gabung banyak course. haila...

           lecturer yang mengajar pun boleh tahan hebat dan pedasnya. kira tak salah la ikut suggestion senior-senior yang dah belajar dengan diorang dulu.cuma..ada sedikit perbezaan compared to previous semester. lect jenis mengajar fully guna buku. nak tak nak,buku wajib ada untuk setiap subjek ! [nasib la ada voucher :D ] dan next week dah start kuiz. awesome... ! 


          this semester jugak adalah penentu untuk decide majoring. either IT or CS. masih memikirkan kedua-duanya dan masih mencari identiti diri. wohaa ! apa-apa pun, belajar tetap kena belajar ! chaiyok untuk sem ni ! fighting ^_^

still have 3 years to graduate degree !



Saturday, February 4, 2012

Thursday, February 2, 2012

بين الأمس واليوم



Wahai saudaraku;
Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya.
Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan
jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. 
Jadilah orang-orang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah 
kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa.
Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Seerah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan
bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepada
seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka
mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamu
dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang
kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu
dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.
Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu.
Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu.
Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang dan
janganlah ragu.

Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyayang (Al-Ruum)

BUKU “ANTARA SEMALAM DAN HARI INI”
OLEH : Imam As-syahid Hassan Al-Banna
PAGE: 14-15(pdf)