Saturday, July 7, 2012

Cukupkah?

Bismillah wa Alhamdulillah..

Usai solat isya' semalam...hati berdetik,cukupkah amalan ku untuk kembali kepada Allah? 
Cukupkah bekalan amalan untuk menjawab soalan malaikat Mu di alam barzakh nanti?
Cukupkah amalan sepanjang detik bernafas untuk aku meraih syurga Mu?
Cukupkah untuk aku melepasi titian sirat Mu?
Cukupkah untuk memberatkan timbangan kebaikan ku di Al-mizan nanti?
Cukupkah untuk bersama golongan orang mukmin di akhirat nanti?
Cukupkah untuk bersama Rasulullah Kekasih Mu?

Allah..Allah..sesak terasa sewaktu memikirkannya. Allah..terlalu banyak dosa hamba mu ini. Ampunilah aku ya Allah.


Monday, July 2, 2012

Rawakss...Hlovate

Bismillah wa Alhamdulillah.




Versus, Rooftop Rant, 5 tahun 5 bulan, Tunas, aA+bB, Contengan jalanan,Gurindam,Pelangi dan novel yang akan datang..Awesome ! Tulisan Hlovate...yes,aku sangat suka kannya. Bukan sebab novel dia ada main 'hati' tapi jalan cerita dia yang membawa aku bersama dalam tulisannya. Dan memberi banyak pengajaran buat diri aku sendiri. Backpacking...yes,benda yang paling aku nak buat lepas baca contengan jalanan. Australia...tempat yang aku nak pergi selain tanah suci. Kenapa Australia? sebab keindahan alam yang Allah cipta di sana sangat menakjubkan. Cukup la dengar apa yang kawan aku yang duk belajar overseas cerita. Buat jeles bergunung-gunung je ! 


Di pagi yang sedang menunggu bola untuk start ni..nak kongsi one of Hlovate book's...Rooftop Rant. Tentang keluarga.Tentang Ibubapa. Batrisya....seorang remaja yang hidup dalam keluarga yang berada tapi tiada erti kasih sayang. Quote yang digunakan "There're times when strangers are like family, and family are like strangers". Seorang gadis yang sedang membesar tanpa perhatian dan panduan yang betul. Seorang gadis yang tidak kenal erti agama. Sedih kan kalau benda ni jadi pada diri kita. Bersyukurlah jika kita dilahirkan dalam keluarga yang baik didikannya dan mempunyai erti kasih sayang. Dan dalam buku ni jugak..menunjukkan betapa struggle nya Batrisya ni bila hidupnya turn 360 oleh atuk,opah dan paksu dia dengan jiwa muda yang memberontak. Nice story..cerita ni tak kosong walaupun ada la jugak 'gula' dengan manusia bernama Jade. 


Sama seperti novel Versus bila mana AO dan Min mengubah diri mereka kepada lebih baik. Islam itu sendiri bukan susah. Tidak membebankan pun. Cuma antara diri kita sendiri nak atau tak. Sama jugak bila mahu berubah kepada lebih baik. Bukan perkara yang susah.Tak perlu redah lautan api ataupun panjat gunung Everest pun kalau nak jadi lebih baik. Insan yang Allah redhai. Bergantung pada diri kita NAK atau TAK NAK. katakan NAK untuk berubah. 


p/s: Tidak perlu bergunung ilmu di dada kalau nak berubah.Derr...mati tak tunggu kita tau.