topik yang ana nak bawa pada pagi yang sangat nyaman ini adalah berkaitan dengan soal hati.
Kerana hati adalah sangat penting.Hati adalah raja dan yana lain adalah tentera.jika hati nya kotor,maka kotorlah segalanya.jika hati kita bersih..insyaAllah,bersih la yang lain2 nya.Allah juga melihat hati kita.
Tapi..macam mana kita nak bagi hati kita bersih?hati nie dah la banyak tercemar dengan benda yang lagha..aish..dasyat betul pencemaran hati.bila cuba untuk bersihkan hati..ada saje perkara-perkara yang menghalang..jadi,nak buat macam mana nie??
Cara Membersihkan Hati:
1-bertaqarub kepada Allah melalui thariqat. Menggantikan sifat-sifat yang kurang baik yang ada dihati dengan sifat-sifat yang baik, yang sentiasa mengajak kita bertaqarub kepada Allah Swt.
2-Kita berusaha menganti ukiran-ukiran yang buruk dalam hati kita dengan ukiran-ukiran yang indah, dengan cara berusaha menjalankan perintah Allah Swt. dan sunnah Baginda Nabi Saw.
3-Mendekatkan diri kita pada ulama, menghadiri ta’lim-ta’lim mereka kerana duduk bersama para alim ulama menimbulkan daya tarik tersendiri bagi kita untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah Swt.
4-Setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan. Jadi, mari kita sama-sama belajar memperbaiki kekurangan yang ada pada diri kita dengan cara berzikir kepada Allah.
Allah swt. berfirman, “berzikir itu menenangkan hati”. Jika hati kita tenang, insyaallah, kita akan lebih mudah mengendalikan keinginan kita untuk berbuat maksiat.
Tapi...ana dah cuba..kenapa tetap tak boleh nak kawal hati ini?
bagaimana???hendaklah kita beristiqomah dalam melakukan sesuatu..insyaAllah.. :)
kadang-kadang kita tak boleh nak kawal hati kita..tapi insyaAllah..bila kita melakukan amalan2 yang boleh membersihkan hati..kita boleh kawal hati kita.Sesungguhnya hati suka kepada perkara yang halal(baik) dan benci pada yang haram(buruk).jadi sebelum melakukan sesuatu perkara..letakkan tangan mu di hati,agar kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk kita..dan sebaik-baik tempat untuk meminta sesuatu adalah Allah.
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" (Al-Fatihah,1:5)
No comments:
Post a Comment