Monday, May 16, 2011

The best Programme ever !

Alhamdulillah..pada tarikh 13-15 mei 2011 Khalifah Youth Circle(KYC) telah mengadakan satu program yang sangat menarik. Peserta yang terlibat adalah daripada kalangan yang pernah menghadiri Khalifah Youth Training yang telah dibuat lebih daripada 10 siri. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada diri ini hadir ke program tersebut kerana apa yang dipelajari sangat bermakna dan bermanfaat. Penceramah yang hadir bukanlah calang2.Mereka adalah Ustaz Hasrizal, Ustazah Badariah dan Ustazah Hanani.

Nama program tersebut adalah KYC Training of Trainers Special Edition (KYC ToT SE) yang telah dijalankan di Khalifah Institute. Apa yang di ketengah dalam program tersebut adalah bagaimana cara seorang fasilitator yang berkesan sekaligus menjadi seorang daie yang berjaya.
Sedikit perkongsian kepada pembaca daripada slot ceramah yang pertama daripada ustaz Hasrizal yang bertajuk "Apakah saya menjadi seorang Fasilitator yang Berkesan?"

Apakah maksud Fasilitator?
Sebelum menjadi seorang fasilitator,anda perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan Fasilitator.Fasilitator adalah seorang individu yang bertugas membantu menguruskan proses bertukar-tukar maklumat. Di mana menjadi orang tengah di antara peserta dan penganjur. Fasilitator memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah program kerana mereka adalah pengantaraan.

Bagaimana pula dengan MO(modus operandi)?
Sebelum >>> niat yang betul,halal
Semasa    >>> menjaga syariatullah,menjaga sunnatullah
Selepas   >>> hasil sentiasa positif

1)Niat Yang Betul
Setiap perkara yang kita lakukan mesti didahului dengan niat. Dalam menjadi seorang Fasi,kita perlu analyze niat kita sama ada kerana terpaksa,menerima atau memberi. Ini kerana bekerja kerana terpaksa kita akan rasa terpaksa hingga ke akhirnya.jika kita bekerja kerana menerima,ianya baik sahaja.Tetapi jika bekerja kerana memberi ianya adalah terbaik. bukankah memberi lebih baik menerima?begitu juga dengan menjadi seorang faci kerana kita akan mendapat sesuatu yang perasaan yang hanya kita dan Allah sahaja tahu. memberi disini bukan sahaja sekadar menberi tetapi memberi dengan kasih sayang.

Sempurna Iman--->jiwa memberi--->memberi dengan kasih sayang.

2)Usaha Yang Betul ...maaf xdapat nak ulas

3)Menjaga Syariatullah
Di sini seorang fasi perlu menjaga syariatullah dari segi IDEA,MODUL dan PERLAKSAAN.
IDEA>>mengeluarkn idea daripada nas
MODUl>>membentuknya menjadi modul,integrasi dengan teknik kontemporari
PERLAKSANAAN>>tidak melanggar syariat Allah dan mencegah daripada 'fitnah'

4)Menjaga Sunnatullah...maaf juga kerana xdapat nak ulas.

sebelum slot berakhir,ustaz ada menyatakan bahawa ilmu,maklumat dan kemahiran menyumbang 7% dalam kejayaan dan 93% yang menyumbang adalah sikap.kami juga melakukan beberapa study case bersama ustaz dan cara mengatasi menggunakan kaedah khalifah.

3 proses perubahan
1)akal--->ilmu(bersepadu)--->TAHU
2)hati--->iman(mendalami)--->MAHU
3)nafsu--->latihan(berterusan--->MAMPU

sebelum program bermula,sabagai seorang fasi perlulah identify siapa peserta program dan kaji siapa mereka. sebagai seorang fasi juga,anda perlu selesakan peserta dan anda juga perlu selesa dengan mereka.anda tidak berhak melabel/judge siapa mereka tetapi perlu sentiasa hargai mereka.ustaz juga ada ajar cara bagaimana nak tawan hati peserta/mad'u.faci juga perlu remain positif dan pisahkan hal peribadi semasa melakukan kerja.ape2 pun pergantungan pada Allah adalah sangat penting.

ini adalah perkongsian yang boleh dibuat pada slot yg pertama.Banyak lagi yang dpelajari antaranya bagaimana nak hadapi peserta yang sebaya/senior,peserta yang pasif,aktif,mengantuk,bagaimana nak detect diri peserta,cara nak mengawal keadaan,perasaan semasa program,dan banyak lagi.dan sepanjang program,kami dilatih untuk menggunakan kaedah khalifah dan Rasulullah sebagai MU'ALLIM.

Berdakwah bukan untuk memberi TAHU tetapi mencetus MAHU agar bergerak menuju MAMPU.Pencerahan bukanlah pada menghimpun pengetahuan,tetapi menyuluh membara insan mengenai TUHAN.(saiful islam)

to be continue...insyaAllah. =)
my big family(KYC FAMILY)
alhamdulillah..kami semua telah grad dan menjadi fasi tetap KYC dibawah naungan Khalifah institute..







2 comments:

  1. dek,,nak jadi jgk,,jeles benda baek xpe kan..??
    congrats, kmu mlangkah slangkah kedepan utk
    menabut bukti kpd anak2 Islam :)
    proud of u dek.hug

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..Allah beri kesempatan pd adek :)
    insyaAllah,akan dikongsi bersama ilmu yg dipelajari.
    im also proud of u acik :)

    ReplyDelete