Tepat pkul 2.40am,adik aku mengejutkan dari tidur untuk melihat fenomena yang digembar-gemburkan di dada akhbar,television dan internet iaitu Gerhana Bulan di mana bulan berada di dalam kawasan bayang penumbra bumi dan mula menyentuh bayang umbra. Subhanallah,terpegun seketika melihat ciptaanNYA. Aku dan adik terus menunggu sehingga berlakunya Gerhana Penuh.Tapi sayang,kerana aku tidak dapat menunaikan solat sunat Gerhana Bulan. Alhamdulillah..Subhanallah..Allahuakhbar..inilah yang mampu diucapkan di bibir setiap detik masa berlalu tika itu.Terima kasih ya Allah,kerana memberi peluang ini kepada ku.
Kaifiat solat sunat gerhana :
1-Niat:Usolli sunnata khusuufil qomar rak'ataini lillaahi ta'aalaa.
2-Al-Fatihah, surah, ruku', I'tidal
3-Letak tangan di perut, Al-Fatihah, surah, ruku', i'tidal
4-Sujud, duduk antara dua sujud.
5-Naik rakaat kedua,buat sepertimana no (2) dan (3).
Lepas salam doa.
sama seperti yang dilihat dengan nikmat mata yang Allah beri. Alhamdulillah.. ^_^ |
No comments:
Post a Comment