Friday, October 29, 2010

..Hati KIta..

Alhamdulillah,,dapat jugak ana update blog yang ana buat sekadar suka-suki. :)
topik yang ana nak bawa pada pagi yang sangat nyaman ini adalah berkaitan dengan soal hati.


Kerana hati adalah sangat penting.Hati adalah raja dan yana lain adalah tentera.jika hati nya kotor,maka kotorlah segalanya.jika hati kita bersih..insyaAllah,bersih la yang lain2 nya.Allah juga melihat hati kita.

Tapi..macam mana kita nak bagi hati kita bersih?hati nie dah la banyak tercemar dengan benda yang lagha..aish..dasyat betul pencemaran hati.bila cuba untuk bersihkan hati..ada saje perkara-perkara yang menghalang..jadi,nak buat macam mana nie??

Cara Membersihkan Hati:
1-bertaqarub kepada Allah melalui thariqat. Menggantikan sifat-sifat yang kurang baik yang ada dihati dengan sifat-sifat yang baik, yang sentiasa mengajak kita bertaqarub kepada Allah Swt.

2-Kita berusaha menganti ukiran-ukiran yang buruk dalam hati kita dengan ukiran-ukiran yang indah, dengan cara berusaha menjalankan perintah Allah Swt. dan sunnah Baginda Nabi Saw.

3-Mendekatkan diri kita pada ulama, menghadiri ta’lim-ta’lim mereka kerana duduk bersama para alim ulama menimbulkan daya tarik tersendiri bagi kita untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah Swt.

4-Setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan. Jadi, mari kita sama-sama belajar memperbaiki kekurangan yang ada pada diri kita dengan cara berzikir kepada Allah.
Allah swt. berfirman, “berzikir itu menenangkan hati”. Jika hati kita tenang, insyaallah, kita akan lebih mudah mengendalikan keinginan kita untuk berbuat maksiat.

Tapi...ana dah cuba..kenapa tetap tak boleh nak kawal hati ini?
bagaimana???hendaklah kita beristiqomah dalam melakukan sesuatu..insyaAllah.. :)

kadang-kadang kita tak boleh nak kawal hati kita..tapi insyaAllah..bila kita melakukan amalan2 yang boleh membersihkan hati..kita boleh kawal hati kita.Sesungguhnya hati suka kepada perkara yang halal(baik) dan benci pada yang haram(buruk).jadi sebelum melakukan sesuatu perkara..letakkan tangan mu di hati,agar kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk kita..dan sebaik-baik tempat untuk meminta sesuatu adalah Allah.
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" (Al-Fatihah,1:5) 

Friday, October 22, 2010

Perjalanan




Bismillahirrahmannirrahim..
Perjalanan sebuah kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah..tiada yang manis sebelum adanya pahit..nah..inilah lumrah kehidupan..cuba kita renungkan balik..perjalanan hidup kita..bermula di alam roh...kemudian di alam rahim..kemudian di dunia..kemudian di alam barzakh...dan yang trakhir..kehidupn yang kita decide sendiri..


hah?kita decide sendiri?ya,,,kita yang decide..kehidupan akhirat yang kekal abadi..semua orang tahu pasl nie..kita pun tak terkecuali..tp kenapa masih  xsedar hakikat yang pasti nie?





Hari kiamat merupakan hari yang sangat dahsyatJuga merupakan rukun iman yang keenam.selepas kiamat,kita akan dibangkitkan semula untuk dihisab.cukupkah bekalan kita??Kehidupan akhirat,,penentu segalanya!
syurga dan neraka..dimanakah tempat kita?????????????????


Renung sejenak......


situasi 1:
zaman kanak-kanak dulu dah la nakal..dah besar ckit,selalu lawan mak ayah cakap..kononnya aku je yg betul..haa..dah masuk peringkat remaja..pergaulan bebas,,solat tak xjage,,puasa pun time ramadhan je..amaln sunat?ala..xpayah la..penat la..tmbh dengan malas lg...huu..tido lg best!blaja pun xkemana.kerja??! jangan cakap.malas aku..xpe..harta mak ayah aku bertimbun..!semua aku nk aku dapat.xpayah nak fikir susah-susah..nanti aku dah tua aku brtaubat la.apa nk ditakutkan sangat..(hoho..brani giler..mcm confirm masuk syurga!adakah anda seperti nie?)


situasi 2:
zaman kanak-kanak dulu..aku memang nakal..ala..kata pun kanak-kanak.Bila aku dah meningkat remaja,aku dah tahu ape itu hukum-hakam,rukun iman n islam dan banyak lagi..sebab aku belajar kat skola.tapi,aku xmelaksanakan dengan sebaiknya.dekat sekolah mana ada ajar couple-couple nie.ntah guru mane aku ikut sampai aku sendiri terjebak dalam perkara nie..sedang asyik bercinta,,aku trlalu leka dengan dunia.apa yang aku belajar dulu,semua aku lupa!dah xingat mana halal,haram,dosa dan pahala.semua main belasah aje.aku sedar ape yang buat nie salah tapi aku tak boleh lepaskan semua nie.ini yang beri kebahagian kepada aku.(ko ingt ikut cara islam sendiri x bahgia ke??adakah anda seperti ini?)


situasi 3:
aku sedar kenapa aku dihidupkan didunia yang fana ini.untuk melaksanakan kehidupan sebagai seorang khalifah dan beribadah kepada Allah.


Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku (Adz Dzariyat : 56)


aku sedar tanggungjawab aku sebagai seorang mukmin..ya..tipulah kalau aku tidak pernah melakukan kesalahan..tapi aku sedar dengan kesilapan yang aku lakukan dan bertaubat kepada Allah.aku takut pada azab Allah..aku ingin menjadi seorang yang zuhud.aku ingin sentiasa dipandang oleh Allah.aku ingin menjadi seperti KekasihNya Rasulullah..ya..aku harus istiqomah dengan ape yang aku lakukan.dunia..hanya sementara..tapi akhirat kekal abadi!(atau..adakah anda seperti ini..?alhamdulillah..mudah-mudahan :D )


walau apa pun situasi anda..walau apa pun yang anda lakukan..ingatlah!bahawa itulah yang akan disoal dan dihitung diSANA..




keputusan ditangan ANDA!