Thursday, June 30, 2011

Keep it Halal~ Outlandish!


pray for the Ummah
Follow the Sunnah
The goal is Jannah
This is only the Dunya

Wednesday, June 29, 2011

kerana lisan...



Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : 


" Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : 

" Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " 

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : 

" Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : 

" Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ?"

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata:

" Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ?"
Baginda lalu menjawab : 


" Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. " 
(Riwayat Tirmizi)


Rasulullah s.a.w bersabda pernah bersabda yang bermaksud, "Tidak akan lurus keimanan (istiqomah) seseorang hamba itu sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya." 
(Riwayat Ahmad).


Dalam kitab hadis sahih Muslim pula, dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a. katanya, seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW, "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?" Jawab Rasulullah SAW, "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya." 
(Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a., No Hadis – 33)


Marilah kita menjaga lidah kita masing-masing. Agar lidah kita tidak menyengat diri sendiri, kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya. (Imam al-Syafie)

Sunday, June 26, 2011

Jom Berzikir!

            Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

           Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

          Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

          Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

          Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

          Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.




Rujukan: Halaqah.Net

Tuesday, June 21, 2011

Riak jadikan amalan seperti debu berterbangan~


Dikatakan bahawa Abu Hurairah radhiallahu anhu kerap menangis kerana takut ketika membacakan hadith ini.

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: 

“Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab “Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu.” Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.
Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya “Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman “Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu.” Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.
Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.” Hadis riwayat Imam Muslim

Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud 
”Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.” 
(Surah Al-Furqan: Ayat 23).

Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan “Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah.”


Thursday, June 16, 2011

Oh Gerhana Bulan !

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..aku bersyukur pada mu Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk melihat kuasa Mu yang Maha Hebat yang tiada tokok bandingannya.Alhamdulillah kerana masih memberi nikmat mata agar aku dapat melihat segala ciptaan Mu yang sangat indah,damai dan menenangkan jiwa.

          Tepat pkul 2.40am,adik aku mengejutkan dari tidur untuk melihat fenomena yang digembar-gemburkan di dada akhbar,television dan internet iaitu Gerhana Bulan di mana bulan berada di dalam kawasan bayang penumbra bumi dan mula menyentuh bayang umbra. Subhanallah,terpegun seketika melihat ciptaanNYA. Aku dan adik terus menunggu sehingga berlakunya Gerhana Penuh.Tapi sayang,kerana aku tidak dapat menunaikan solat sunat Gerhana Bulan. Alhamdulillah..Subhanallah..Allahuakhbar..inilah yang mampu diucapkan di bibir setiap  detik masa berlalu tika itu.Terima kasih ya Allah,kerana memberi peluang ini kepada ku.


Kaifiat solat sunat gerhana :

1-Niat:Usolli sunnata khusuufil qomar rak'ataini lillaahi ta'aalaa.
2-Al-Fatihah, surah, ruku', I'tidal
3-Letak tangan di perut, Al-Fatihah, surah, ruku', i'tidal
4-Sujud, duduk antara dua sujud.
5-Naik rakaat kedua,buat sepertimana no (2) dan (3).
Lepas salam doa.



sama seperti yang dilihat dengan nikmat mata yang Allah beri.
Alhamdulillah.. ^_^







Tuesday, June 14, 2011

HaPPy BirthDay mama!

         
           10 june yang lepas adalah hari lahir mama dan genap umur mama 53 tahun.Dan ianya juga hari yang paling bermakna sebab kami adik-beradik dapat berkumpul bersama.Bak kata mama,bukan selalu dapat kumpul macam ni.maklumlah..kakak dan abang ku dah berumah tangga.tinggal kami tiga beradik yang masih bujang.pejam celik pejam celik,muka yang sama je nampak.hehe.yeah,keluarga kami sangat rapat coz slalu berkongsi banyak perkara bersama.abah yang sangat sporting,mama yang selamba,along yang caring,kak ngah yang tegas,aku yang cerewet,epot yang huha huha dan adik yang manja,kakak ipar yang satu kepala dengan kami n abang ipar yang sedang mencari keserasian bersama kami semua.
       
special wishes to my beloved mama...

            terima kasih mama kerana melahirkan kami di dunia ini dan mengajar kami mengenal erti kehidupan.terima kasih mama kerana memberi kami keperluan yang secukupnya.terima kasih mama kerana melayan karenah kami yang berbagai ragam.terima kasih mama dan abah kerana sekolahkan kami.terima kasih mama dan abah kerana jaga kebajikan kami sebaiknya.terima kasih mama kerana maafkan segala kesalahan kami yang kami lakukan dengan sengaja atau tidak.terima kasih mama kerana selalu berleter kepada kami setiap hari.tanpa leteran mama,mungkin kami tidak seperti hari ini.terima kasih mama kerana selalu dan sudi berkongsi suka duka bersama kami.terima kasih mama kerana mengerti dan memahami kami.terima kasih mama dan abah kerana menjadi kekuatan kami.terima kasih mama dan abah kerana berkorban peluh dan tenaga untuk membesarkan kami.terima kasih mama dan abah kerana bersusah payah untuk memberi kesenangan kepada kami.terima kasih mama kerana menjadi ibu yang terbaik untuk kami semua.terlalu banyak yang mama lakukan untuk membesarkan kami.Kami tahu mama letih melayan kami tapi mama tetap bersama kami.Dan kami tidak tahu bagaimana kehidupan kami jika satu hari nanti mama pergi menghadap Ilahi.kami sayang mama!