Monday, December 5, 2011

JuDgeMental

          Salam alaik.Alhamdulillah..dapat jugak update blog ! Setelah beberapa hari berpulun tenaga menyiapkan assignment dan segala bagai, at the end...hajat ku tercapai. =). Sedikit perkongsian tentang judgemental. ape maksud judgeMental ni????

i want to judge YOU !

Maksud Judgemental adalah.............
1.)A way of making ones self feel better, by hurting others. Usually caused by closed mindedness, and a lack of manners. 

2.)Feeling the right to judge, and doing so. 



ooo...ini ke maksud judgemental..yes, it is ! mesti kalian biasa dengar qoutes 
"Don't judge a book by its cover" [da selalu sangat dengar la !]

          Confirm la selalu dengar..asal kene kritik dan segala bagai,mesti cakap "hey,don't judge a book by its cover !" adui..TAPI kekadang betul juga. Kebanyakan orang suka menilai sesuatu hanya pada luaran tanpa mengetahui perkara sebenar. Guys, come on. Jom ubah cara pemikiran kita sekejap. Bukan lah kita tak boleh nak bersangka buruk dan sebagainya dekat orang lain. Tapi, kan lebih cantik kalau kita tahu perihal sebenar terlebih dahulu. Ayat yang biasa dengar, "xpe..kan lebih baik husnuzhon", tapi dalam hati asyik bermain-main ape yang dilihat@didengar. Haa.macam mane pula tu? 


          People love to assume. Why not kita praktikkan quotes from Hlovate dalam novel Contengan Jalanan "never assume.ask". ianya sangat berguna dalam kehidupan seharian. Kalau tak tahu,kita tanya. jangan buat andaian sendiri,takut ianya boleh menjadi fitnah.Simple, but we make it complicated. Kalau rasa eager nak tahu, tanya la empunya diri tanpa campur aduk dengan emosi [macam mana plak tu?]. Think ! Keep your mind positive in single acts. InsyaAllah. ^_^





Thursday, November 17, 2011

S.E.D.A.R plissss.

Time  : evening
Place : LT1,econs
Subject : Management





Dr.D   : where are we stopped last class?
Student: chapter 17 sir.
Dr.D   : okeh.is it i'm covered all chapter?
Student: yes sir.
Dr.D   : okeh. that's great.take out a piece of paper. please right the question and answer it in 10 minutes.
Student: haaaa??????agak-agak la..adui (habis la)..Bru naik cuti sir.please sir (muka tak puas hati)
Dr.D   : ... (just smile)
Student: bla..bla...bla...(still tak puas hati)
Dr.D   : guys,silent please. Here the question. Listen carefully and i'll repeat.


10 minutes passed.


Dr.D   : please pass your answer sheet in front.
Student: ...... (muka tak puas hati lagi)
Dr.D   : Guys,you know why i'm doing this?it is because your midterm exam is very worse. i'm already marked a few papers..unfortunately,there is student who got 7/30 for mcq.
guys..why are you doing this? The subject that you easily can get A's but ........hmm.(silent....)
please guys...repent to God.
Students, start from the previous quiz i still can't see the bright. Can you imagine how i'm feeling. I really worried about all of you.But it doesn't seem that all of you are worried. All of you already knew that i love to tortured my student. i'll tortured you guys until the smoke out like a moo. Until all of you realize why i'm doing all those things.
Me: .........( T_T)
Dr.D  : Guys,it is enough. Please stop doing these thing, and get ready for your final examination. This subject is very easy. It's easy to get A's. If you have problem on how to study this subject, come see me.  I'm not very good in advising, but i'll give you some technic. bla...bla...bla...

Hmm.kata-kata Dr.D memang mengetuk sanubari untuk berubah ! I'll never study last minutes anymore. Yes, i have to change myself. I have to plan my study back. I must push myself until the last buzzer. I must control my nasf. i must teach myself to be a good student, a good 'abid. a good daughter, and a good muslim.i have too !



"Dear soul, i know you can do much better than this
You have a parents to make them proud
please put maximum effort into it.
if you want to achieve your vision
you have to work hard.
start it today,not tomorrow ! "

Allah, please make me strong (-_-)


     

Wednesday, November 16, 2011

Ayyuhal Syabab !

Lelaki..

Dulu,
Bila di sebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, saifullah,
Tokoh kami ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya,

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
AL-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindu lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.

p.s:from novel 'syabab musafir kasih' by fatimah syarha :)
syair arab.

Wednesday, September 14, 2011

success!


what is success?
what is your defination about success? 
Before you can achieve success, 
you need to define what is success to you. 
Unless you have clear vision what is success to you
you cannot work towards it.
You really can take control of  your life and succeed. 
Life is not easy,otherwise more people would be successful. 
You have to struggle through life and wonder why they never get anywhere.
 To achieve success you will have to change.
Guys,Life is full of chances and changes.
Decide today what will be in your end zone
then make the changes
to get that in your life.
you DESERVE it 
but don't put it off
You don't have a second
to waste !


Ya Allah..kuatkan lah diri ini dalam menghadapi hari-hari yang penuh cabaran.


Monday, August 29, 2011

Panduan pimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat   
“Sempena Muktamar ke-57”
 Firman Allah yang bermaksud: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal)
 jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); 
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih 
bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). 
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih 
itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).” 
 (Surah Asy-Syams 91:8-10)
Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan 
masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik 
oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ 
sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.
Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW 
sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda 
seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah 
diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud 
firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat 
membersih diri sebagai tangga kejayaan.
Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan 
mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak
 boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal.
Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan ‘taqwa.’ 
Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat 
percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah 
apa sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta 
mengurus kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya.
Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, syakhsiyahnya akan dilihat baik 
atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah, berterusan 
dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang kerana 
kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan amalan 
Nabi Muhammad SAW. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan asas
 melakukan muhasabah diri.
Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira’ 
selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah menjadi 
pendorong dan penguat semangat untuk Nabi berhadapan dengan tugas 
dan tanggungjawab setelah menerima wahyu. Kata-kata mulia Siti Khadijah
 berbunyi: “Sekali- kali tidak! Demi Allah, sekali- kali Allah tidak akan menghinakan
 kamu selamanya. Sesungguhnya kamu benar-benar orang yang suka 
menyambung tali persaudaraan, menghormati tetamu, membantu orang yang
 sengsara, memenuhi keperluan orang yang memerlukan, dan membantu
 orang-orang yang ditimpa musibah.”
Dalam konteks masyarakat Malaysia yang diselubungi fahaman sekular 
dibawa oleh Umno, ia telah menjauhkan kehidupan rakyat dari agama. 
Oleh itu terlalu penting bagi setiap rakyat (kalangan Melayu, Cina dan 
India dan semuanya) menjaga diri masing-masing supaya tubuh badan 
kita boleh menjadi bahan dakwah, contoh kepada semua orang.
Demikian pengalaman PAS di Kelantan yang sudah masuk 20 tahun memimpin
 rakyat ke jalan kehidupan beragama. Justeru di Kelantan kini wujud senario
 atau suasana ke’Islam’an, sekaligus mendidik rakyat menghayati amalan 
mengikut syariat Islam. Wujud suasana di masjid-masjid sekitar bandar yang
 dimakmurkan dengan sembahyang berjemaah pada setiap waktu puncak.
Begitu pula, cukup terasa ketenangan dan keselamatan ketika berada di pusat bandar. 
Terasa perubahan suasana, apabila hotel-hotel yang dulunya sinonim dengan
 aktiviti tidak sihat, sehingga ada tok-tok lebai terasa goyah bila ke hotel.
 Namun kini, berkat peraturan Islam, hotel sudah jadi tempat selamat didiami.
Diikuti pula, perkembangan baik berlaku dari segi sistem kewangan Negeri
 berikutan majoriti bank sudah bertukar kepada sistem kewangan Islam. 
Tidak ketinggalan, pihak bank luar negara turut membuka cawangan di 
Kelantan, seperti mana yang terbaru dari sebuah bank dari Kuwait. 
Ia disokong lagi dengan kemajuan sistem pajak gadai Ar-Rahn yang 
diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan turut diterima oleh Bank Rakyat dan 
Bank Islam. Malah yang terbaru, RHB Bank turut melancarkan pajak 
gadai Islam (ar-Rahnu).
Tidak ketinggalan, selama 20 tahun Kelantan di bawah kepimpinan Islam telah 
mencipta perkembangan baik di bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam
 kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut 
berkembang sama sistem pengajian tahfiz al-Quran dan sains di bawah 
Kerajaan Negeri dan swasta. Kesannya telah lahir bijak pandai (intelek) 
Islam menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran.
Berkat daripadanya, wujud suasana kerukunan hidup masyarakat Kelantan
 dan hubungan harmoni antara kaum––Melayu, Cina, India dan Siam––
hidup dengan aman dan sejahtera.
Kesemuanya meletakkan asas kukuh bahawa tanggungjawab kepimpinan 
ke arah memerintah secara Islam adalah wajib. Lihat sahaja perjalanan
 Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi nabi dan pemimpin negara. 
Ketika sistem pemerintahan telah zaman-berzaman wujud di dunia, 
tetapi Nabi sendiri yang bawa Islam dan tatkala Islam berkuasa, maka
 Nabi tidak meniru sistem pemerintahan yang sedia ada. Nabi sendiri rela
 bergadai nyawa, demi menegakkan pemerintahan Islam. Ketika di Mekah pun, 
Nabi sendiri ditawar dengan serba-serbi kekuasaan dan kemewahan. 
Namun kesemuannya ditolak. Malah Nabi sendiri meninggalkan Mekah
 (berhijrah ke Madinah) demi menegakkan pemerintahan Islam.
Di Madinah pula, Nabi mengadakan tahaluf-siyasi dengan puak-puak
 bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Nabi sendiri memimpin dan mengendalikan
 semua urusan politik dan pentadbiran negara. Maka kepimpinan 
Nabi telah berlaku selama 23 tahun, bermula dari Mekah hinggalah ke Madinah.
Biarpun selama itu, apa sahaja cara dan gaya kepimpinan Nabi dilihat 
‘berlawan arus’ atas semata-mata untuk tegakkan Islam. Natijahnya, 
Nabi berjaya menunjukkan contoh kepimpinan terbaik (khudwah hasanah) 
yang mesti ditiru oleh semua pemimpin dari dahulu sampailah sekarang.
Di sebalik kebaikan kepimpinan Nabi, baginda sering mengutamakan 
pelaksanaan tugas dan tanggungjawab atas apa yang dipimpin. 
Justeru Nabi bukanlah seorang yang bermewah kerana jawatan, 
malah pernah berhutang dengan seorang Yahudi dan sanggup mencagarkan 
baju rantai untuk membayar hutang. Walau pun ada sahabat sedia menyara
 Nabi, tetapi baginda tidak bersedia untuk hidup atas bantuan orang lain.
Pengajaran daripada syakhsiyah dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW itu, 
harapnya semua pemimpin PAS hari ini perlu meletakkan ‘peribadi Nabi’ 
sebagai khudwah. Maka, seorang pemimpin itu hendaklah bergantung bulat 
kepada apa yang Nabi tunjuk itu. Ia sesuai dengan apa yang kita baca di 
dalam sembahyang. Sebab itulah, setiap kali sembahyang diwajibkan 
menyebut dan memuji Nabi. Dan sembahyang itu berlaku sebelum awal fajar 
dan ketika mata hari terbenam. Kesemuanya menuntut untuk kita sentiasa
 menyebut-nyebut sifat Nabi. Agar sifat itu sentiasa menjadi ikutan kita. 
Sesungguhnya, kebaikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW jelas membawa 
rahmat dan kesejahteraan untuk sekalian alam. Justeru kenapakah kita
 tidak mahu menjadikan Nabi sebagai khudwah hasanah?
Semoga sekalian pemimpin PAS menjadikan syakhsiyah
 Nabi Muhammad SAW sebagai khudwah hasanah. Kepimpinan akan
 beroleh kejayaan dan jemaah akan terus utuh menuju matlamat perjuangan,
 yakni kemenangan Islam.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.


Copyright from harakahdaily
p/s:kepada "ANDA" semua,sama-sama kita renungkan :)

Wednesday, August 24, 2011

kata-kata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna



“Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.

Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.

Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap..”

“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. 
nescaya Islam akan tertegak
di atas bumi kamu”

"Andai islam seperti sebuah bangunan usang
yang hampir rebah
maka akan ku berjalan ke seluruh dunia
mencari jiwa-jiwa muda
Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka
tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas membantuku
dan bersama membina kembali bangunan usang itu
menjadi sebuah bangunan tersegam indah.."





Tuesday, August 23, 2011

kisah manusia dan ular.

Bismillah wa alhamdulillah.
Pada jumaat yang lepas bersamaan 20 ramadhan,alhamdulillah..diberi peluang oleh Allah Subhanallahu Ta'ala untuk bersolat tarawikh berjemaah di masjid nurul hidayah Ampang.Apabila kaki menjejaki pintu masjid,MasyaAllah,tersangat kagum dengan hadirin yang hadir kerana keadaan di dalam masjid penuh.Tidak seperti di kebanyakan tempat.Ukuran masjid nurul Hidayah seperti masjid Al-falah USJ.

Untuk entry pada malam ini adalah sedikit perkongsian tazkirah yang diberi pada malam tersebut mengenai kisah seorang hamba Allah dan seekor ular.
Pada suatu hari,ada seekor ular hitam berbisa memasuki rumahnya.Setelah pelbagai cara digunakan untuk mengusir ular tersebut,ular tadi tetap tidak mahu keluar dan melarikan diri di sebalik almari.Memikirkan ular hitam itu berbisa,hamba Allah itu tadi menelefon bomba dan melaporkan apa yang berlaku.Tidak lama kemudian,pihak bomba tiba dan membawa segala peralatan yang perlu untuk menangkap ular tersebut.
Detik demi detik berlalu,ular masih seperti tadi.Tidak mahu keluar dan melarikan diri ke atas atap rumah pula.Tiada jalan lain,pihak bomba terpaksa naik ke atas atap rumah untuk mencari dan menangkap ular tersebut.
Seorang ahli bomba yang sedang menaiki tangga untuk melihat keadaan di atas atap tiba-tiba terjun dari tangga akibat terkejut.Lalu menelefon ahli bomba yang lain untuk hadir dan membawa peralatan yang lain.Setelah tiba,mereka terus gegas memulakan operasi mencari ular di atas atap rumah.Beberapa detik masa telah berlalu dan akhirnya ahli bomba tersebut turun daripada atap rumah dan membawa 3 karung guni.
Hamba Allah itu pun terkejut.kenapa sampai 3 karung guni sedangkan hanya seekor ular yang didapati naik ke atas atap rumah tadi.Persoalan demi persoalan timbul difikiran hamba Allah,lalu dia menanyakan kepada ahli bomba tadi.
H.A:encik,kenapa sampai 3 karung guni?
B:encik jangan terkejut dengan apa yang bakal dilihat nanti.
H.A:maksud encik?
B:sila encik tengok.satu karung guni dipenuhi daun-daun dan sampah.Satu lagi guni dipenuhi oleh telur ular.Dan satu lagi guni dipenuhi oleh 28 ekor ular.Maaf encik,hanya ini sahaja yang kami berjaya tangkap.Ular yang lain telah berjaya melarikan diri.Dan kami percaya,atap rumah encik telah dijadikan sarang ular pada waktu yang lama.
H.A:hah?Allah..adakah ini benar encik?saya sudah lama duduki rumah ini.saya sangka bunyi deseh selama ini adalah bunyi daun yang ditiup angin.
B:benar encik.jika encik lihat keadaan di atas tadi pasti encik terkejut.Dan jika encik berdiri di atas katil encik, kepala encik sudah berada di bawah ular yang berkeliaran di atas.Pasti encik merasa takut
H.A:saya tidak merasa takut encik kerana saya tidak melihatnya.

Sahabat-sahabat sekalian,apa yang ingin dikongsikan dengan cerita di atas adalah mengenai diri kita yang hina di hadapan Allah.Sesungguhnya kita tahu mengenai azab Allah yang pedih,tetapi hati dan diri kita tidak gentar kepadanya kerana kita tidak dapat melihatnya.Kita tahu balasan tidak bersolat,kita tahu balasan berzina,kita tahu balasan berdusta tetapi ada yang tetap melakukannya.Kerana apa?kerana kita tidak bisa melihat balasannya dengan mata kepala kita sendiri.Kerana kita tidak merasakan sendiri azab tersebut.Jika Allah mempertontonkan azabNya di hadapan mata kita tika ini,pasti tidak akan melakukan sebarang kesalahan.Pasti kita hanya terus menerus beribadah kepadaNya.Tetapi kita hanyalah manusia yang lemah lagi hina,yang suka mengikut kata nafsu.Walaupun Allah telah berbicara dengan kita dalam kitab Al-Quranul Qarim mengenai azabNya,mengenai apa yang telah terjadi pada umat terdahulu kerana tidak beriman kepadaNya,kita masih tetap leka melakukan dosa tanpa segan silu dengan Maha Pencipta.Allahu Rabbi..betapa kotornya diri kita dengan dosa-dosa yang dilakukan.


ayuh sahabat-sahabat,di sepuluh malam yang terakhir ini..sama-sama kita bermunajat kepada Allah.Memohon keampunan di atas segala dosa yang dilakukan.Berdoa kepada Allah supaya menghidupkan hati kita dan lahirkan rasa takut kepada Nya.
Ya Allah,hidupkanlah kami dalam iman.Matikan kami dalam iman yang Allah serta masukkan kami dalam syurga Mu dalam iman ya Allah.ya Allah,berilah kami kekuatan dengan kekuatan Mu agar kami bisa menghadapi hari-hari yang penuh pancaroba.ya Allah,sinarilah hati kami dengan cahayu Mu agar kami bisa menerima hidayah dan taufiq dari mu ya Allah.Redhailah hidup kami ya Allah,Rahmatilah hidup kami ya Allah dan Peliharalah diri kami ya Allah dengan kasih sayang Mu ya Allah.Dan janganlah Engkau palingkan hati kami sesudah memberi hidayah kepada kami.Maafkan lah kesalahan kami dan kesalahan kedua ibu bapa kami.Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani diri kami semasa kecil.

sekian..mohon maaf kepada pembaca di atas segala kekurangan penulisan dan kekhilafan diri.




Saturday, August 13, 2011

JOM cintai BUKU !

Bismillah wa Alhamdulillah.
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah kerana masih diberi nikmat kehidupan dan masih diberi kesempatan untuk update blog. Pejam celik pejam celik,detik demi detik masa berlalu..genap 13 hari kita berpuasa. Bagaimanakah Ibadah sahabat-sahabat sekalian?moga-moga kita bersama-sama istiqomah dalam perkara yang dilakukan. Dan Alhamdulillah..nyata,terlalu banyak perubahan yang berlaku pada diri sendiri.

Kalau di tambah,tolak,darab dan bahagi..dah 5 bulan lebih duduk kat rumah ini. Ni memang first time lah cuti lama dan lebih lama masa cuti after SPM hari tu. Kalau orang lain menghabiskan masa dengan bekerja dan sebagainya,tetapi tidak pada diri ini. Sebelum cuti yang panjang ini menjelma,memang banyak la kan plan2 dalam kepala dan kerja pun dah menunggu.Tapi apakan daya untuk mengatasi perancangan Allah yang sememangnya tiada bandingannya. Keluarga perlu didahulukan dan masa yang ada di rumah memang banyak di isi dengan membaca buku.

Hmm,kalau nak kira-kira balik,dah lebih 20 buku yang dah habis baca dekat rumah ni.(novel la tu...huhu).eyhh.novel pun buku jugak kan.Petik dari kata-kata hamba Allah,nak baca buku pun kene syumul jugak.Haa..jadinya kene campur la buku-buku yang dibaca tapi bukan yang melaghakan.Otak yang dah sedia tepu sejak duduk rumah ni,kalau baca buku fikrah sahaje..hm,memang la baca macam angin yang berlalu.Baca sekadar baca dan tidak memahami.maksudnya..tiada apa-apa. N thanks to kak Mun coz banyak mempengaruhi diri ini. ^_^


Dan hari ini,suka nak kongsi buku yang sedang dibaca yang bertajuk MISTERI SURAT Al-FATIHAH.
Buku yang mempunyai 194 halaman karangan Abdul Hakim bin Abdullah Al-Qasim seorang pengajar tafsir di Kuliyyah al-muallimin Riyadh. Buku yang sangat mengagumkan dan bermakna.Buku ini menerangkan setiap ayat dalam surah Al-fatihah dan merungkai setiap perkataan.Memetik kata-kata dari penulis "walaupun kita membaca al-fatihah pada waktu siang dan malamnya,adakah kita benar-benar mengerti akan maknanya?"

Ibnu Taimiyah r.a berkata " Setiap hamba memiliki kebutuhan sangat besar untuk mendapatkan hidayah(petunjuk) dari Allah menuju jalan yang lurus. Karena itu, ia sangat membutuhkan maksud dari doa Al-Fatihah ini. Sebab tidak ada keselamatan dari siksa dan kebahagiaan tidak mungkin tercapai kecuali dengan hidayah. barangsiapa luput dan tidak berhasil meraih hidayah,berarti ia termasuk satu dari dua golongan; Kalau bukan 'al-maghdhub alaihim' (yang dimurkai), maka dia adalah 'adh-dhalillin(yang tersesat). Dan hidayah ini tidak tercapai kecuali dengan hidayah dari Allah"

Ibnu Taimiyah r.a juga berkata "Seandainya seseorang mengetahui keagungan doa Al-Fatihah,niscaya ia akan menjadikan Al-Fatihah ini sebagai doa yang terus menerus ia panjatkan. Ia akan senantiasa menyertakan dalam setiap hembusan nafasnya".

Terima kasih Dr.Alini kerana membawa pulang buah tangan ini untuk saya dari Mekah(sangat3 gembira :D )
jadi,jom sahabat-sahabat sekalian..cintai buku untuk menambah ilmu yang ada. Buku disini adalah buku yang memberi manfaat pada diri kita dan juga orang lain bukan hanya untuk bekalan di dunia tetapi juga di AKHIRAT. sekian..



Thursday, July 28, 2011

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA :)


Bismillah wa alhamdulillah..masih diberi peluang untuk menulis entry di blog yang tidak seberapa ini. Entry pada kali ini adalah mengenai segmen yang di tagged oleh saudara alif dan dianjurkan oleh saudara syafiq mokhtar(nak tahu lebih lanjut?bleh click kat link kat atas tu ^_^)-join

Pejam celik pejam celik, Ramadhan akan tiba. Tak lama dah....tinggal lagi 3 hari(mudah-mudahan sempat ramadhan kali ini..amin). Kalau time kecik-kecik dulu,kalau mama dan abah suruh puasa..mula la tunjuk muka pelik dan ada saja alasan...demam la,sakit perut la.hehe..
Dan mama dan abah yang nak pancing kita suruh puasa jugak.."okeh..hari ni puasa separuh hari je"
kita ape lagi..yahooo!(adui..teruknya aku zaman budak-budak :P )

Tapi bila umur pun dah meningkat, baru lah kita tahu apa maksud puasa,kebaikan berpuasa,larangan semasa berpuasa,amalan bulan ramadhan dan lain-lain lagi. Dan paling yang dinantikan adalah tarawih berjemaah dan malam lailatul qadar. Allahu Rabbi...xsabar menanti bulan yang mulia ini dan berPESTA IBADAH.(excited sikit sebab sejak masuk sekolah berasrama dan U..inilah kali pertama menyabut kedatangan bulan Ramadhan bersama keluarga)

Dan hadis yang ingin dikongsikan pada hari ini adalah mengenai kewajipan berpuasa dan keutamaan berpuasa. Puasa pada bulan Ramadhan mula diwajibkan pada tahun ke-2 hijrah. Ayat yang memerintah umat islam berpuasa ialah dari surah Al-Baqarah ayat 183. 

 "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]

Surah Al-Baqarah ayat 185:

"Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."


Juga seperti yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.

Dari Nabi Muhammad s.a.w. bahawa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari)
[Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1795]
Terlalu banyak keutamaan berpuasa ni kerana rahmat Allah itu tidak terperi. Seperti yang terdapat dalam sebuah hadis
"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" 
[Bukhari-Muslim]
"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" 
[Bukhari-Muslim]
So..apa lagi sahabat-sahabat sekalian. Manfaatkan setiap detik yang kita ada dengan penuh kecintaan pada Allah subhanallahu Taala.

Target bulan ramadhan: Disiplinkan diri dengan Qiam dan habiskan satu juzuk satu hari
link di bawah ini adalah link untuk Ramadhan Self Improvement.

sekiann... C:



tag: achik eti