Thursday, March 17, 2011

Ketentuan Ilahi disenja petang


Bismillahirrahmannirrahim..Alhamdulillah,aku masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini.aku masih diberi peluang untyk merasai nikmat iman dan islam.
Aku masih dapat merasai keperitan hati dalam dugaan hidup.tepat 5.57 minit petang.satu lagi ketentuan ilahi telah aku terima..iaitu result exam ku.
Jenuh jari menekan button ”refresh” untuk merebut peluang masuk ke website uia, hanya untuk mengetahui result ku..tunggu punya tunggu,akhirnya.KELUAR.
Benda first skali aku cek adalah grade math 3 coz untuk programming aku dah yakin lulus.aku mencari dimana result math 3 aku.dan……….

Allah,aku sudah bertawakal pada mu.aku terima segala ketentuan Mu.mungkin kalian ketahui ape result ku. Sekali lagi,aku aku menapakkan diri ke dalam
Amf yang gah di cfs uia untuk ‘resit’ paper. Mulut terkunci, hanya hati yang berbicari. Tidak tahu untuk merasakan apa. Yang aku hanya boleh lakukan hanya berdiam diri seketika
dan termenung sejenak. Terkenang dosa-dosa yang pernah aku lakukan dan semalam kebetulan aku melukai hati mama.tertinggi suara secara tidak sengaja.
Untuk menghilangkan sedikit kesedihan..aku message syarah. Dan message terakhir dari beliau
“jangan diminta diperkecilkan ujian, tapi mohon dibesarkan iman dan sabar menghadapi kesusahan
Reda qada dan qadar Allah.ini yang Dia mahukan.Dia mahukan,takdirkan.kita siapa nak menghalang?!
Belajarlah untuk berkata ‘Alhamdulillah,ALLAH uji dengan susah sebagai tanda sayang atas kaffarah dosa’
Moga2 beroleh hati setenang air di muara.mesti dasarnya berkocak hebat terkena garuda ujian..Musfirah kuat!!”
Menitik air mata tatkala membaca message tersebut.mungkin sedar diri ini melakukan kesilapan.ye,hanya mulut menyebut aku redha.sedangkan hati ku masih lagi berbicara tentangnya.
Allah,sangat terkesan dengan kata-kata sahabat yang ku sayang kerana Allah.siapa aku untuk menghalang ketentuanNYA.
Mungkin ada amanah yang aku tertinggal menyebabkan aku perlu pulang ke uia semula atau mungkin ada sesuatu yang Allah ingin tunjuk pada aku.
Ya Allah,aku tahu..Engkau sedang berbicara dengan ku..aku mohon ya Allah..berilah aku kekuatan dengan kekuatan Mu. Berilah ketenangan dengan ketenangan Mu.




tapi..ini bukan kesudahan untuk ku.  "kerana sesunggunya sesudah kesulitan ada kemudahannya. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Alam Nasyrah: 5-6)

                                                          SUCCESS IS 90% FAILURE !!!

usai solat..aku memperoleh ketenangan walaupun masih berbisa sdikit kesedihan.Peringatan untuk diri aku....
wahai diri ku yang hina,yang busuk,yang tiada nilai dihadapan..sedarlah bahawa sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah.jangan sesekali kau bersangka buruk pada Allah.wahai diri,siapa engkau untuk membicarakan setiap ketentuanNYA?sedarlah..siapa diri mu !sedarlah dari mana asal mu !

                                                       

3 comments:

  1. awk..jgn sedih yer..mungkin Allah rindukan lagi usahamu, jgn pernah anggap diri awk ggl ek sbb stiap kjayaan bmula dgn kggln. PERCAYA pd DIRI!!!

    ReplyDelete
  2. setiap kejayaan akn bermula dengan kegagalan.ini ujian yg Allah beri.hati nie dah trpujuk lepas baca kalam Allah,dengar pujukan dr mama.benarlah Allah sedang berbicara dengan sye.insyaAllah,diri ini akn bangkit kembali.perlu bangkit !

    ReplyDelete