Monday, June 25, 2012

Manisnya Qiamullail


          
          Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Dimuka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang.Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.


          Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra,dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada,kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya. Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. 


Abu Sulaiman pula berkata
Jikalau tidaklah
kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai
tinggal di dunia ini.

          Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya. Pada waktu malam juga akan ada satu detik dimana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikanpada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan ebih pahalanya. 

Sabda Rasulullah S.A.W
Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk
kesuraman kubur

          Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam,maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t.Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah.Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup
cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-
hambaNya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga 
ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan 
memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut
sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu.
Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah 
s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau
berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan 
kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya.
Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. 
Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji 
jiwa dan malas.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah 
kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu.
Sesungguhnya bangun malam adalah 
mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla,
menutup segala dosa, menghilangkan segala 
penyakit pada tubuh dan mencegah daripada 
dosa.

Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud,
oleh : Muhammad Uzair Al Aziz.

p/s : Jom warmed up before ramadhan tiba. :)

No comments:

Post a Comment