Tuesday, April 12, 2011

Malaysia boleh..SEMUA pun BOLEH~~

Ahad lepas adalah hari dalam sejarah.nak dikatakan cerita first time buat lesen.semua perasaan ada.malas+nervous+happy.dan hari tersebut juga adalah hari dimana aku menghadirkan diri untuk kursus KPP.Bila beritahu kawan nak pergi kursus nie,ramai yang beritahu kursus tue tersangat lah bosan.tetapi bila berakhir kursus tersebut,apa yang aku dan adik aku singkapkapkan adalah sebaliknya.TERSANGATLAH BEST ! dan mr.V yang tersangat lah sportingnya.



Dalam kursus nie,aku dan mereka yang berada di situ dapat belajar 3 benda.
1) semua yang ada dalam buku panduan yang diberi

2) politik malaysia(lebih kepada pemimpin)

3) RASUAH(only malaysian know the meaning of RASUAH)

hehe..nie la yang aku dapat belajar sepanjang 5 jam kursus tue.

          Yang pertama tue confirm2 la memang mr.V kene fahamkan kami semua apa yang ada dalam buku tue termasuklah cara-cara nak jawab test computer nanti dan ada jugak bagi hint berapa soalan yang biasa keluar.tapi yang paling penting,nak x nak kene baca buku tue juga untuk PASS.(no more words FAIL).
selain itu,mr.V juga ada menerangkan cara negara lain buat lesen terutamanya Australia.hmm..aku sangat kagum dengan negara tersebut dan disiplin mereka selepas mr.V cerita.first sekali ape yang mr.V sentuh adalah cara guru mereka ajar cara nak bawa kereta@apa2 lesen yang diorang apply.jauh berbeza dari malaysia.dimana satu kelas hanya ada 4 orang dan masa belajar adalah pagi dan malam.hanya dua minggu kecuali hari sabtu dan ahad.kiranya 10 hari la.kenapa ada kelas malam?alasan yang diberikan adalah pemanduan waktu malam dan siang adalah berbeza.dan penglihatan kita juga berbeza kerana cahaya yang diterima tidak sama.
          Dan paling yang menarik hati adalah guru mereka yang akan beri jaminan untuk approve diorang layak atau tidak untuk lepas lesen.BUKAN dengan RASUAH mahupun belas kasihan ! Dan mereka sangat straight dalam pemberian markah.contohnya,kalau mereka parking kereta x btul walapun hanya 0.1cm kurang..mereka dikira gagal. dan apa yang mr.V cuba katakan adalah mereka jadi disiplin kerana hal ini.tidak seperti negara kita yang suka parking kereta ikut suka dan akan menyusahkan orang lain !

           Untuk yang kedua tue,politik malaysia.pasal yang nie mr.V beritahu tentang pemimpin sekarang termasuklah yang paling atas sekali.Dimana masing2 hanya sibuk memenuhkan poket sendiri tetapa rakyat terabai.inilah lah malaysia yang kononnya rakyat didahulukan,pencapaian di utamakan.hanya tahu menyusahkan rakyat,tetapi mereka goyang kaki.tidak memikirkan langsung dengan amanah yang telah diberikan.langsung tidak mengotakan janji2 manis yang dilontarkan ketika pilihan raya.bila undian berpihak kepada mereka,bila duit pun dah dapat,rakyat pun terabai dan isteri diceraikan.apa yang rakyat boleh buat?nasi dah jadi bubur.
           Percaya dengan janji2 manis mu yang kau beri dulu.Betapa jauh bezanya pimpinan pemimpin sekarang dan pimpinan Khulafa Ar-Rassyidin satu ketika dahulu.begitu juga jauh sekali berbeza dengan pimpinan Kekasih Allah. sambung mr.V bahawasanya JPJ dulu adalah dibawah kerajaan,memudahkan rakyat ambil lesen termasuklah untuk mendapatkan subsidi.tetapi diswastakan kerana mereka mahukan DUIT.swasta ada DUIT.kerajaan xda DUIT.dan sekali lagi apa yang dipertikaikan adalah DUIT itu adalah duit rakyat.dan mereka ada hak diatasnya.lahirnya seorang manusia di muka bumi malaysia ini,mereka dikenakan cukai.dan kenapa seolah-olah DUIT itu "mereka" yang punya?dan berakhirnya riwayat seorang manusia dimuka bumi ini maka rugilah "mereka." Betapa cintanya mereka kepada harta benda yang tidak memberi sebarang jaminan di akhirat kelak.dan banyak lagi yang mr.V kongsikan kepada kami ketika itu tentang politik malaysia yang memberi kesan kepada rakyat dan cara mereka membeli jiwa rakyat di pendalaman serta warga tua untuk meraih undian.

dan terakhir adalah RASUAH.Apa itu RASUAH?
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.


Dan inilah yang berlaku di negara kita. Saban hari keluar di dada akhbar muka-muka mereka yang melakukan rasuah.Bukan hanya daripada golongan atasan malah golongan bawahan juga tidak terlepas.Tidak jijik atau jengkel kah kita dengan frasad yang semakin parah ini?malah ada yang menganggap golongan atasan yang melakukan rasuah wajar menikmati hak mereka.HAK MEREKA?dimana HAK MEREKA?kata mr.V hanya malaysia mengetahui apa erti rasuah.ya,mungkin negara lain juga berlaku tetapi tidak seHEBAT malaysia ! dimanakah hilang rasa amanah mereka yang telah dipertanggungjawabkan?dimanakah mereka meletak kepercayaan yang telah diberikan?
Bila hilangnya rasa amanah,maka tunggulah keruntuhannya. inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W apabila ditanya bagaimana amanah boleh hilang.Baginda Rasulullah S.A.W menjawab "apabila sesuatu tanggungjawab diberikan kepada yang tidak layak(maksud hadith).



Al Maidah Ayat 41-42

Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: `Kami telah beriman`, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merobah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: `Jika diberikan ini (yang sudah dirobah-robah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah`. Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatu pun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar.

(QS. 5:41)

Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, 
banyak memakan yang haram. Jika mereka (orang Yahudi) 
datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah 
(perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka; 
jika kamu berpaling dari mereka maka mereka tidak akan 
memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu 
memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) 
di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai 
orang-orang yang adil.
(QS. 5:42)


jadi...malaysia BOLEH..SEMUA pun BOLEH !

sekadar perkongsian..apa yang dapat.tidak dispesifikasikan kepada sesiapa

No comments:

Post a Comment