Monday, January 30, 2012

kerana insan itu adalah SAHABAT !

          Untuk sekian kalinya..... air mata ini gugur kembali kerana kamu. Apalah erti bersahabat jika tiada pahit manis dalam berukhuwah. tipu lah jika hati ini tidak terasa dengan jurang yang semakin jauh. Ya...mungkin kerana kini kita berbeda. banyak batasan yang harus di patuhi..Dan perkenalan kita bukan lah bertahun lamanya..dan aku harus mengakuinya. pertemuan kita adalah pertemuan yang tidak disengajakan dan terlalu singkat, yang menyatukan kita adalah kefahaman di jalan yang sama dan sedikit persamaan character. hanya itu dan ditambah rencah ukhuwah fillah.
      Aku mengerti akan kesibukan kamu. Aku mengerti apa yang berlaku disekeliling kamu. Aku cuma mengerti...tapi ego hati tidak mahu memahami. Kadang-kadang menjadi terlalu sensitif sampai memakan diri sendiri. Diri ini masih sedang belajar keadaan itu. aku rindukan saat bersama. ya..terlalu rindu. Tapi mungkin kah itu berlaku lagi? rasanya tidak..ya..tidak. kau jauh nun di sana. jarak memisahkan kita..
         Maafkan aku jika menjadi terlalu berahsia. bukan tidak mahu bercerita, tapi aku memahami kepentingan kamu di mana. Maaf jika aku mendiamkan diri. Bukan aku tidak mahu menegur, tapi aku tahu di mana keutamaan mu. Dan dalam ingatan tidak luput tentang kamu. dan kini aku punya teman . Dia seperti kamu. Tapi dia tidak sama dengan kamu.Hanya kamu adalah kamu. HANYA KAMU. jika hati ini berkecai, kamu adalah kepingan yang akan menyatukan hati ini kembali. Duhai sahabat, jangan kau khawatir akan diri ini kerana aku tahu...doa kamu selalu mengiringi aku . 

dari sahabat buat sahabat :)
Allah itu kekuatan aku dan Rasullah pengubat hati aku

No comments:

Post a Comment