Pada jumaat yang lepas bersamaan 20 ramadhan,alhamdulillah..diberi peluang oleh Allah Subhanallahu Ta'ala untuk bersolat tarawikh berjemaah di masjid nurul hidayah Ampang.Apabila kaki menjejaki pintu masjid,MasyaAllah,tersangat kagum dengan hadirin yang hadir kerana keadaan di dalam masjid penuh.Tidak seperti di kebanyakan tempat.Ukuran masjid nurul Hidayah seperti masjid Al-falah USJ.
Untuk entry pada malam ini adalah sedikit perkongsian tazkirah yang diberi pada malam tersebut mengenai kisah seorang hamba Allah dan seekor ular.
Pada suatu hari,ada seekor ular hitam berbisa memasuki rumahnya.Setelah pelbagai cara digunakan untuk mengusir ular tersebut,ular tadi tetap tidak mahu keluar dan melarikan diri di sebalik almari.Memikirkan ular hitam itu berbisa,hamba Allah itu tadi menelefon bomba dan melaporkan apa yang berlaku.Tidak lama kemudian,pihak bomba tiba dan membawa segala peralatan yang perlu untuk menangkap ular tersebut.
Detik demi detik berlalu,ular masih seperti tadi.Tidak mahu keluar dan melarikan diri ke atas atap rumah pula.Tiada jalan lain,pihak bomba terpaksa naik ke atas atap rumah untuk mencari dan menangkap ular tersebut.
Seorang ahli bomba yang sedang menaiki tangga untuk melihat keadaan di atas atap tiba-tiba terjun dari tangga akibat terkejut.Lalu menelefon ahli bomba yang lain untuk hadir dan membawa peralatan yang lain.Setelah tiba,mereka terus gegas memulakan operasi mencari ular di atas atap rumah.Beberapa detik masa telah berlalu dan akhirnya ahli bomba tersebut turun daripada atap rumah dan membawa 3 karung guni.
Hamba Allah itu pun terkejut.kenapa sampai 3 karung guni sedangkan hanya seekor ular yang didapati naik ke atas atap rumah tadi.Persoalan demi persoalan timbul difikiran hamba Allah,lalu dia menanyakan kepada ahli bomba tadi.

H.A:encik,kenapa sampai 3 karung guni?
B:encik jangan terkejut dengan apa yang bakal dilihat nanti.
H.A:maksud encik?
B:sila encik tengok.satu karung guni dipenuhi daun-daun dan sampah.Satu lagi guni dipenuhi oleh telur ular.Dan satu lagi guni dipenuhi oleh 28 ekor ular.Maaf encik,hanya ini sahaja yang kami berjaya tangkap.Ular yang lain telah berjaya melarikan diri.Dan kami percaya,atap rumah encik telah dijadikan sarang ular pada waktu yang lama.
H.A:hah?Allah..adakah ini benar encik?saya sudah lama duduki rumah ini.saya sangka bunyi deseh selama ini adalah bunyi daun yang ditiup angin.

B:benar encik.jika encik lihat keadaan di atas tadi pasti encik terkejut.Dan jika encik berdiri di atas katil encik, kepala encik sudah berada di bawah ular yang berkeliaran di atas.Pasti encik merasa takut
H.A:saya tidak merasa takut encik kerana saya tidak melihatnya.
H.A:saya tidak merasa takut encik kerana saya tidak melihatnya.
Sahabat-sahabat sekalian,apa yang ingin dikongsikan dengan cerita di atas adalah mengenai diri kita yang hina di hadapan Allah.Sesungguhnya kita tahu mengenai azab Allah yang pedih,tetapi hati dan diri kita tidak gentar kepadanya kerana kita tidak dapat melihatnya.Kita tahu balasan tidak bersolat,kita tahu balasan berzina,kita tahu balasan berdusta tetapi ada yang tetap melakukannya.Kerana apa?kerana kita tidak bisa melihat balasannya dengan mata kepala kita sendiri.Kerana kita tidak merasakan sendiri azab tersebut.Jika Allah mempertontonkan azabNya di hadapan mata kita tika ini,pasti tidak akan melakukan sebarang kesalahan.Pasti kita hanya terus menerus beribadah kepadaNya.Tetapi kita hanyalah manusia yang lemah lagi hina,yang suka mengikut kata nafsu.Walaupun Allah telah berbicara dengan kita dalam kitab Al-Quranul Qarim mengenai azabNya,mengenai apa yang telah terjadi pada umat terdahulu kerana tidak beriman kepadaNya,kita masih tetap leka melakukan dosa tanpa segan silu dengan Maha Pencipta.Allahu Rabbi..betapa kotornya diri kita dengan dosa-dosa yang dilakukan.
ayuh sahabat-sahabat,di sepuluh malam yang terakhir ini..sama-sama kita bermunajat kepada Allah.Memohon keampunan di atas segala dosa yang dilakukan.Berdoa kepada Allah supaya menghidupkan hati kita dan lahirkan rasa takut kepada Nya.
Ya Allah,hidupkanlah kami dalam iman.Matikan kami dalam iman yang Allah serta masukkan kami dalam syurga Mu dalam iman ya Allah.ya Allah,berilah kami kekuatan dengan kekuatan Mu agar kami bisa menghadapi hari-hari yang penuh pancaroba.ya Allah,sinarilah hati kami dengan cahayu Mu agar kami bisa menerima hidayah dan taufiq dari mu ya Allah.Redhailah hidup kami ya Allah,Rahmatilah hidup kami ya Allah dan Peliharalah diri kami ya Allah dengan kasih sayang Mu ya Allah.Dan janganlah Engkau palingkan hati kami sesudah memberi hidayah kepada kami.Maafkan lah kesalahan kami dan kesalahan kedua ibu bapa kami.Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani diri kami semasa kecil.
sekian..mohon maaf kepada pembaca di atas segala kekurangan penulisan dan kekhilafan diri.
syukran..entry nie mngajar sy 1 benda...
ReplyDeletedoakan ana & kta sntiasa dlm ma'firahNya..