Thursday, February 2, 2012

بين الأمس واليوم



Wahai saudaraku;
Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya.
Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan
jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. 
Jadilah orang-orang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah 
kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa.
Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Seerah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan
bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayat kepada
seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka
mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamu
dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang
kejayaan kamu. Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu
dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.
Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu.
Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu.
Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang dan
janganlah ragu.

Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyayang (Al-Ruum)

BUKU “ANTARA SEMALAM DAN HARI INI”
OLEH : Imam As-syahid Hassan Al-Banna
PAGE: 14-15(pdf)

No comments:

Post a Comment